My First Blog

Sunday, September 4, 2011

Sebulan Yang Mencabar

Insyaallah... sebulan saja lagi untuk cecah kaki di bumi Malaysia. Alhamdulillah... berkat doa kedua ibu bapa, isteri, anak-anak dan seluruh ahli keluarga serta jasa baik pihak kementerian, akhirnya aku diluluskan untuk balik berkhidmat semua di Malaysia.

Meskipun ada sebulan saja lagi tempoh yang hendak ditempuh, terasa cabaran yang bakal dihadapi bukan sebarangan. Baru sahaja selesai mengalami dan menyelesaikan saat-saat dan detik-detik kritikal serta tegang bulan lepas apabila dihadapkan dengan isu keldai dadah yang ditambah lagi bahangnya dengan peristiwa seorang lagi rakyat Malaysia yang hampir-hampir menjadi mangsa. Namun, kuasa Allah SWT telah memudahkan segala-galanya. Cuma tak pasti lagi apa yang bakal berlaku sebaik saja kaki aku cecah semula di Wisma Putra.

Enjin dah mula dihidupkan bermula semalam. Disambung lagi pada hari ini. Berusaha untuk mula menyelesaikan urusan di rumah dan pejabat satu persatu. Tetapi, dengan keadaan kesihatan yang agak membimbangkan, apa yang dikhuatiri telah terjadi. Baru je buat sikit untuk dua hari ni tapi dah mula terasa sakitnya. Entah macam mana nak teruskan untuk sebulan lagi. Banyak lagi yang nak diselesaikan. Insyaallah... boleh lah buat pelan-pelan.

Mulai hari ni, nak fokus untuk habiskan sebulan lagi sisa-sisa kehidupan di bumi Peru ni. San Isidro, Lima Peru bakal ditinggalkan. Insyaallah...

Wednesday, June 8, 2011

Pilihanraya Presiden Peru

Minggu lepas satu rekod lagi telah tercapai. Minggu paling terpantas mengatasi kepantasan minggu yang pernah berlaku sebelum ni. Rasa cepat sangat kerana tiba-tiba ja dah hari Jumaat. Patut lah rasa pelik semacam bila maid datang kerja, ingatkan hari Khamis rupanya dah Jumaat. Kenapa lah tiba-tiba otak ni tak berfungsi. Mungkin jugak sedikit sebanyak terkena tempias cara otak orang-orang Peru ni berfikir kot. hehehe... tak boleh lama duduk sini, nanti haru biru macam dia orang pemikiran aku.

Minggu lepas jugak ada perkara yang paling penting dalam sejarah Peru ni iaitu pilihan raya untuk pemilihan presiden baru Peru pusingan kedua di antara dua calon yang dikenali sebagai Ollanta Humala vs Keiko Fujimori. Ini pusingan kalah mati. Sesiapa saja menang walaupung majoriti di bawah 1 peratus (%) sekali pun akan ditabalkan menjadi presiden secara sah pada 28 Julai 2011 nanti. Ollanta Humala yang dikenali sebagai bekas komander tentera Peru berhaluan kiri. Manakala, Keiko Fujimori adalah anak kepada bekas presiden Fujimori yang sedang dalam tahanan penjara ketika ini. Ollanta Humala cukup popular dan disayangi oleh golongan bawahan atau miskin dan cukup ditakuti oleh orang-orang kaya dan businessman serta ahli korporat. Keiko Fujimori pula mendapat sokongan pelbagai lapisan masyarakat dan mengharapkan beliau dapat mengembalikan legasi kepimpinan bapanya jika dipilih menjadi presiden. Malangnya sentimen perkauman Jepun (Japon) atau Chinese (Cino) sedikit sebanyak menggugat Keiko Fujimori. Apatah lagi Ollanta Humala pernah dipenjarakan semasa pemerintahan Presiden Fujimori kerana dituduh cuba menentang kerajaan ketika itu. Pada masa itu jugak berlaku insiden yang cukup popular iaitu "Tupac Umaru" yang telah menjadikan Duta Besar Malaysia ke Peru yang pertama sebagai tahanan.

Ollanta Humala pula menghadapi cabaran untuk mendapatkan kepercayaan masyarakat pertengahan dan atasan kerana dianggap sebagai bakal pembawa kehancuran kepada sistem ekonomi dan pentadbiran Peru kerana dikatakan kawan rapat Hugo Chavez, Presiden Venuezela. Pendek kata, Ollanta Humala memang tidak disukai oleh ahli-ahli perniagaan atas alasan, beliau akan menyukarkan golongan ini untuk terus kaya dan berkuasa. Pelik betul orang-orang Peru ni. Memang benar kata orang, kalau dah kaya memang nak lagi kaya dan kalau boleh biar orang lain mati dan dia nak kaya sorang-sorang. Tapi, berdasarkan pengalaman aku yang ciput ni, memang begitu lah sikap, minda dan perangai orang-orang kaya Peru apatah lagi golongan yang kaya raya.

Pada sebelah petang hari Ahad, 5 Jun 2011, sekitar pukul 6 pm, keputusan awal dah mula dikeluarkan. Seperti yang dijangka, Ollanta Humala mendahului Keiko Fujimori tetapi hanya dengan majoriti yang sedikit lebih kurang 2-3 peratus (%) sahaja. Pelbagai ulasan, temuramah, gambaran di tempat mengundi di semua kawasan berkumpul kedua-dua penyokong telah disiarkan d semua saluran televisyen Peru. Yang peliknya, CNN, BBC, Fox News hanya sentuh sikit je pasal pilihanraya Peru ni. Macam tak berminat je saluran-saluran ni. Atau mungkin jugak sebab, Peru ni bukan negara Islam kot & apatah lagi takda minyak yang banyak serta sumber-sumber yang boleh mereka ni ambik. hehehehe

Sampai tengah malam, keputusan masih memihak kepada Ollanta Humala. Kawasan-kawasan seperti Puno, Arequipa, Iquitos, utara, Timur dan selatan Peru memang dikuasi sepenuhnya oleh Ollanta Humala dengan majoriti yang cukup besar sehingga 55.2 peratus (%) dan boleh ditakrifkan sebagai luar jangkaan. Pada pagi Isnin, 6 Jun 2011 dan hingga hari ini, akhirnya Ollanta Humala telah diisytiharkan sebagai presiden Peru yang baru. Sejak hari Ahad malam, sampai lah sekarang, tak habis-habis lagi penyokong meraikan kemenangan dan melaung-laungkan "Ollanta la Presidente, Ollanta la Presidente, Ollanta la Presidente..." begitu lah hebatnya pilihanraya presiden Peru 2011. Seperti dijangka, Hugo Chavez adalah orang pertama mengucapkan tahniah kepada Ollanta Humala. Diikuti oleh presiden Bolivia dan Ecuador yang juga sekutu rapat Hugo Chavez. Selepas itu, baru lah presiden Argentina dan Chile ucapkan tahniah.

Orang-orang tempatan kata, Ollanta Humala menang sebab dia berjaya memanipulasi golongan miskin dan pedalaman. Keiko Fujimori pulak kalah disebabkan oleh isu perkauman, media yang secara tiba-tiba memihak kepadanya sehingga menimbulkan sangsi, kenyataan presiden Alan Garcia serta bekas calon presiden yang tewas di pusingan pertama iaitu PPK dan Castenada yang memihak Keiko Fujimori dan seolah-olah menyerang Ollanta Humala. Tidak kurang jugak orang kata, kemenangan Ollanta Humala adalah disebabkan oleh nasihat dan kekuatan sokongan isterinya. Sehingga kini, masih terdengar suara-suara sumbang mengenai kemenangan Ollanta Humala ini dan kebanyakan orang golongan atasan menyatakan Ollanta Humala akan membawa kehancuran ekonomi dan ketidakstabilan pentadbiran di Peru. Komentar sebegini disiarkan secara terbuka di saluran televisyen. Kalau kat Malaysia buat begitu, alamatnya hehehehehe habis lah ko.

Peralihan kuasa akan dilakukan dalam masa terdekat ini dan pada 28 Julai 2011, Ollanta Humala akan ditabalkan sebagai Presiden Peru yang baru.

Wang dan Kuasa

Lama dah tak update blog. Lamak jugak otak ni buntu tak tau nak cakap pasai apa. Mungkin jugak terlalu fokus dengan benda-benda lain yang ada masanya mengganggu dan banyak jugak menyenangkan. Sementara mood kerja belum ada, nak tulis sikitlah. Mengarut pun mengarut lah...

Sejak 2 - 3 hari lepas asyik terfikir perkara ini. Sebelum ni selalu jugak fikir tapi takda lah heran sangat. Bak kata orang "hal kau, lantak ko punya pasal, hal aku ko jangan sibuklah" sebab tu lah tak heran pasai ni. Tapi, entahlah tiba-tiba ja 2 - 3 hari lepas terfikir pulak. Mungkin pengaruh media kot. Terlalu banyak tengok TV, dengar radio, baca surat khabar, majalah dan perhati karenah orang. Dah boring sangat, tak tau nak buat, itu lah kerjanya. Mungkin jugak, ini boleh jadi sebagai sedikit idea untuk update blog yang dah lama diusik ni.

Semua orang tau dan boleh perhatikan bahawa, sesiapa yang ada wang, banyak wang, akan menjadi berkuasa malahan lebih berkuasa. Ini lah realiti dunia masa kini. Boleh jugak dikatakan bahawa, sesiapa yang berkuasa, belum tentu ada banyak wang. Apa yang pasti, sesiapa saja yang terlalu banyak wang, akan menjadi lebih tinggi kuasanya. Tak kira kuasa dari segi aspek apa. Kuasa beli, kuasa politik, kuasa perniagaan, kuasa untuk mengawal orang, kuasa untuk menindas atau apa saja yang berkaitan dengan kuasa. Suka atau tidak, ini lah hakikat yang terpaksa kita terima kerana kita tidak ada wang sebanyak mana wang yang dimiliki oleh orang-orang yang terlalu banyak wangnya.

Kita juga ada kuasa jika menjadi ketua di sesebuah unit atau jabatan. Tetapi sejauh mana kehebatan kuasa kita itu selagi kita masih berada di bawah penguasaan orang-orang yang lebih besar kuasanya. Yang banyak berlaku ialah, ramai dikalangan kita yang ada sedikit kuasa ini lupa setakat mana tahap kekuasaan mereka. Sebab tu lah ramai yang jadi besar kepala, berlagak nak mampus, lupa diri, sombong dan bongkak, suka iri hati dan macam-macam lagi lah. Sebab apa jadi begitu, kerana ramai yang lupa bahawa kesempatan untuk menikmati kuasa yang ada hanyalah umpama secubit garam di lautan dan kesempatan itu bersifat sementara. Cuba tengok betul-betul, sesiapa sahaja yang diberikan kuasa di sesuatu tempat, unit atau jabatan malahan di kementerian (bagi sektor awam), akan hilang kuasa dan pengaruhnya bila sampai masanya. Bagi mereka yang lupa atau suka buat-buat lupa, akan cepat bangga diri dan sering mengamalkan salah guna kuasa dalam hidup mereka. Walhal, golongan-golongan ini tiada apa pun. Tidak keterlaluan boleh dikatakan bahawa, mereka-mereka umpama tong dram yang kuat bunyinya tetapi kosong di dalamnya. Cukup bangga dan ego dengan kuasa yang ada hingga lupa siapa diri mereka sebenarnya. Sebab tu lah mereka-mereka ini balun cukup-cukup sebelum tamat tarikh berkuasa.

Hakikat ini berbeza sedikit dengan manusia-manusia yang ada banyak wang dan dengan kekuatan wang yang ada, mereka menjadi lebih berkuasa sehinggakan lupa bahawa, hanya yang Maha Berkuasa di langit dan bumi adalah Allah SWT sahaja. Selagi ada wang selama itulah mereka ini akan berkuasa. Tetapi, adanya wang dan kuasa ini, juga anugerah Allah SWT kepada mereka. Terpulanglah bagaimana golongan ini menikmatinya dan menggunakannya. Cumanya, terlalu banyak yang dapat kita lihat bahawa, wang dan kuasa ini telah banyak disalahgunakan sehingga sanggup menghapuskan serta membunuh sesama insan. Yang paling menyedihkan, dengan wang mereka berkuasa dan dengan kuasa yang ada mereka tidak kisah dan tidak rasa apa-apa jika wang dan kuasa itu digunakan untuk memusnahkan orang lain termasuk semasa orang Islam.

Ini mungkin boleh dijadikan peringatan kepada diri kita yang tidak berdaya ini bahawa, sekiranya kita tiba-tiba dianugerahkan wang dan kuasa suatu hari nanti, gunakanlah ia sebaik-baiknya ke jalan Allah SWT...


Friday, April 8, 2011

Minggu Paling Pantas

Huhhhh... aku rasa minggu ni yang paling pantas. Rasa cepat betul. Macam baru semalam je aku pergi beli jaket kulit, baju anak-anak, barang mak anak-anak, cenderahati dan macam-macam lah. Kenapa minggu ni rasa cepat sangat. Esok dah hari Sabtu lagi. Lusa Ahad pulak. Alhamdulillah... itu lah hebatnya kuasa Allah SWT...

Mungkin jugak minggu ni agak sibuk. Biasalah awal bulan, banyaklah benda nak diselesaikan. Lepas tu, sibuk pulak dengan beberapa projek yang tengah dilaksanakan. Ditambah lagi beberapa projek baru dan ada lagi yang masih dalam perancangan. Tapi ini bukanlah macam projek kerajaan tu koridor atau projek mega yang besar-besar. Saja aku gelarkan sebagai projek untuk menggembirakan diri yang memang dah beberapa bulan tidak gembira dan susah nak bergumbira.

Sekurang-kurangnya, boleh jugak buangkan masa dengan memikirkan perkara-perkara yang baik untuk masa depan. Memang, nak capai sebuah kejayaan dan memulakan sesuatu yang baru tidak semudah yang disangka. Semua orang tahun perkara ni. Jadi, aku saja ciptakan projek-projek tu semua untuk menenangkan hati dan menyejukkan jiwa.


Wednesday, April 6, 2011

ASB Loan vs Monthly Saving

Dah lama sangat aku fikirkan benda ni. Banyak jugak aku dah baca kat blog atau internet forum tentang ASB loan ni. Ada yang kata bagus tak kurang jugak yang kata tak bagus. Bagus sebab bila ada timbul konsep force saving. Tak bagus sebab buat hutang untuk pelaburan yang mana untuk dapat keuntungan, kita perlu berhutang terlebih dahulu. Ada yang jugak yang kata kalau berhutang untuk dapat keuntungan kan bagus jugak. Kalau orang buat business pun, mesti berhutang jugak untuk sediakan modal banyak demi mendapatkan pulangan yang besar. Macam-macam pendapat dan bagi aku semua orang adalah betul sebab masing-masing ada hak untuk berfikir dan bertindak. Suka atau tidak terpulang kepada masing-masing berdasarkan kepada kehendak, kemampuan dan keyakinan.

Sejujurnya, aku pun minat jugak dengan ASB loan ni tapi masih berfikir dan berkira-kira. Sebab aku malas nak berhutang. Tetapi konsep berhutang untuk dapatkan pulangan tu nampak praktikal jugak. Adik aku, 2 orang dah buat ASB loan ni dan mereka kata bagus. Setelah lama berfikir, akhirnya aku sediakan pengiraan kasar perbandingan di antara ASB loan dan Monthly Saving. Secara ringkas, mungkin boleh diterjemahkan begini:

ASB Loan vs Monthly Saving

ASB Loan (RM100,000.00 dan Bayaran Balik Dalam Tempoh 15 tahun)

Kos Pelaburan                               =   RM774 sebulan (774 x 12 x 15 = RM139,320.00)
Anggaran Dividen Setahun            =   7%

Keputusan
Modal dan Dividen Terkumpul (15 tahun)         =   RM314,527.61
Tolak Kos Pelaburan                                          =   (RM139,320.00)
Keuntungan Bersih                                             =   RM175,207.61
Tambah Modal Pinjaman                                   =   RM100,000.00
Jumlah Pulangan Keseluruhan                        =   RM275,209.61  (Jumlah Tunai Dalam Bank)


Monthly Saving (RM774.00 Sebulan Dalam Tempoh 15 tahun)


Modal Pelaburan                    = RM774 sebulan (774 x 12 x 15 = RM139,320.00)
Anggaran Dividen Setahun     = 7%

Keputusan
Modal dan Dividen Terkumpul (15 tahun)          =   RM433,935.95
Tolak Modal Pelaburan                                       =  (RM139,320.00)
Keuntungan Bersih                                               =  RM294,615.95
Jumlah Pulangan Keseluruhan                         =  RM433,935.95 (Jumlah Tunai Dalam Bank)


Sebenarnya, aku nak masukkan pengiraan yang lebih terperinci tapi cukuplah kot aku jelaskan ringkas macam kat atas tu. Jadi, mana yang lebih untung. Kedua-duanya ada pro dan kontra. Tidak ada istilah salah atau betul. Kedua-duanya menjuruskan ke arah keuntungan. Cuma caranya sahaja berbeza. ASB Loan aku panggil kos pelaburan sebab kita buat pinjaman. Monthly Saving aku gelarkan modal pelaburan sebab kita tak berhutang kita laburkan wang simpanan kita sendiri. Kalau buat ASB Loan, selepas 15 tahun kita akan dapat tunai keseluruhan sebanyak RM275,207.61 manakala dengan Monthly Saving, kita akan dapat tunai keseluruhan berjumlah RM433,935.95 iaitu 57.71 peratus lebih tinggi daripada hasil ASB Loan. Banyak tu dan semua hasil tu kita yang punya.

Oleh itu, kita boleh pilih mana yang kita nak. Kalau buat ASB Loan akan dapat untung tapi ada kos. Jika Monthly Saving, kita hanya perlu sediakan modal pelaburan dan keseluruhan hasil terkumpul adalah milik kita sepenuhnya. Buatlah pilihan bijak dan yang terbaik. Kalau aku, lebih baik simpan sendiri sebab kita bebas dari hutang. Jika berlaku kecemasan, kita memang akan ada duit. Kalau buat pinjaman, kena tunggu sehingga setahun baru dapat hasilnya. Anggaran kasar, selepas 3 tahun baru habis bayar kadar interest atau dalam konsep syariah, dipanggil keuntungan bank. Kalau berlaku kecemasan dalam tempoh setahun tu, kita terpaksa keluarkan simpnanan yang lain.

Pendapat aku, lebih baik dan untung simpan sendiri. Tak mampu banyak, simpan sikit. Dalam masa yang sama, simpan jugak dalam Tabung Haji atau buat pelaburan Unit Trust. Kalau lebih mampu, buat jual beli saham. Bak kata pepatah...

"...sikit-sikit lama-lama jadi bukit..."

Memang tepat pepatah tu. Buatlah perancangan dan keputusan yang terbaik untuk diri kita demi kepentingan keluarga, agama dan bangsa. Insyaallah...


























Sunday, April 3, 2011

Kenapa Berat Sangat

"...Selalu berfikir positif dan pandang jauh kehadapan..."

"...Setiap apa yang berlaku mesti ada hikmah tersembunyi..."

Huhhh!!! kalau setakat sebut memang nampak senang. Tapi bagi orang yang merasa aargghh!!! baru tahu macam mana. Orang lain nampak macam biasa. Kebanyakan orang anggap macam raja lawak kot. Memanglah, kalau aku pun takkan tau apa orang lain itu rasa. Samalah dengan keadaan yang sedang berlaku. Bagi sesiapa yang pernah merasa dan sedang merasa macam apa yang aku rasa, memang payah nak diungkapkan dengan sekadar berkata-kata. Seksa bebbbb!!!!!

Alhamdulillah... hikmah yang tersembunyi sudah mula nampak tetapi disudut hati yang tersembunyi, aku nak lihat depan mata sendiri. Sering dibayangi rasa takut dan resah kerana terlalu bimbang apabila memikirkan sejauh mana aku boleh bersabar dan bertenang. Aku manusia biasa dan makin lama makin tidak boleh bertahan lagi. Nak sabar dan bertahanan sampai bila. Kalau orang lain, belum tentu mereka boleh bersabar dan bertahan selama ini. Aku rasa tahap kesabaran dah sampai ke penghujungnya. Bila-bila masa boleh meletus bara api dan boleh jadi tsunami 35 meter kalau tak boleh kawal diri. Kali ni, terlalu berat dan sungguh hebat dugaan serta cabaran yang dihadapi. Silap-silap boleh hilang pedoman kalau terleka dengan mainan amarah.

Argghhh!!!!!!!!!!!! kenapa berat sangat!!!!!!!!!!!!!!

Friday, April 1, 2011

Jangan Peduli Apa Orang Nak Kata...

Kali ni, tak mau peduli apa orang nak kata. Asyik nak dengar cakap orang je, akhirnya aku jugak yang kecewa. Benda ni nampak biasa dan remeh. Tapi aku tengok macam ada potensi besar. Ada lagi beberapa perancangan yang lain. Tapi selagi duduk kat sini, memang payah nak dilaksanakan. Daripada buang masa, boring memanjang, baik aku cuba yang ini dulu. Rancangan yang dinamakan Projek 1 (1-3 tahun).

Memang apa pun susah lebih-lebih lagi kalau kita sendiri yang menjadikannya susah. Kalau orang boleh, aku mesti boleh. Andai semua juga boleh. Kalau ada kesempatan, layari laman web:


- Lebih 300 produk, macam-macam ada. Sila pilih dan buat tempahan anda.
- Nak join, hanya perlu daftar percuma melalui laman web tersebut.
- Sebarang pertanyaan, sila email ke:



Insyaallah... saya akan membantu.

Positif... Tidak Salah Mulakan Langkah Yang Kecil

Lepas bincang-bincang dengan wife, akhirnya daftar je lah. Setiap benda baru memang susah nak mula. Kalau nak tunggu balik Malaysia, lambat lagi. Makin lama tunggu, makin banyak buang masa. Setelah mencuba beberapa jenis sebelum ini, kali ini mesti nak kena lebih serius. Sabar mesti mau ada. Usaha kena lebih. Modal??? yang ni masalah sikit. Tapi, dah letakkan dalam kepala, kali ni memang nak kena keluar juagk duit modal lebih sikit. Bak kata orang...

"...nak besar keraknya, kena besarlah periuknya..."

Apa pun, tidak salah kita bermula. Biarlah orang pandang sinis, ejek, rendahkah kita atau pelbagai tanggapan negatif. Tak payah peduli pada orang lain. Kita kena yakin dan bersikap lebih positif. Pengalaman-pengalaman sebelum ini perlu dijadikan rujukan dan panduan berguna. Tidak ada sesuatu yang boleh berjaya dalam sekelip mata. Semuanya mesti bermula daripada bawah. Kali ni, aku mesti lebih tenang dan lebih positif.

Insyaallah...

Wednesday, March 30, 2011

Setakat Cakap, Bising-Bising, Tak Guna...

Huhhhh... segar rasa badan. Dari hujung rambut sampai hujung kuku kaki rasa sedap tak terkira. Malam tadi buat pertama kali nya sejak hampir 3 bulan aku tidur paling awal sekitar jam 9.24 pm setelah mengharungi malam-malam yang sukar dalam tempoh hampir 3 bulan kebelakangan ini. Memang lega beb!!!

Bangun je pagi, terus bukak skype. Dapatlah lepaskan rindu kat anak-anak dan isteri. Sambil-sambil baca facebook, twitter, email dan online news. Begitu lah rutin aku sejak hampir 4 bulan lepas. Cabaran yang paling berat, dalam tempoh hampir 3 bulan kebelakangan ini. Memang berat sungguh dugaan dan ujian. Hampir-hampir tewas. Tetapi, bila terlihat wajah anak-anak dan isteri, bingkas bangun. Perjuangan perlu diteruskan. Sesuatu perlu dilakukan. Semangat untuk bertindak demi kebaikan masa depan perlu dilaksanakan. Semangat menjadi berkobar-kobar bila termaktub kata-kata...

"...setakat cakap, bising-bising, tak guna..."

Memang tepat!!! Setelah diteliti, difikirkan, dilihat kesan buruk baiknya, akhirnya satu tindakan telah diambil. Nak tak nak, buat je lah surat atau email. Biar kita nyatakan apa yang kita rasa, segala yang kita nak dalam bentuk yang nyata. Biar apa yang kita cakap, ada bukti dan mudah untuk tindakan susulan di kemudian hari. Jika sudah tersurat, tiada siapa yang boleh menafikannya.

"...takut???..."

Kenapa perlu takut. Bukan kita buat apa-apa kesalahan. Malahan tiada apa yang salah. Tidak salah dan silap sama sekali jika kita bersuara. Apatah lagi jika sesuatu perkara tu melibatkan masa depan kita. Apatah lagi kalau melibatkan hal ehwal anak-anak dan isteri. Sensitif tu!!!

Segala apa yang kita rasa mesti disampaikan kepada pihak-pihak berwajib supaya mereka tahu apa yang berlegar dalam minda kita. Jika setakat cakap, bising-bising, komplen sana-sini, kecoh sini-sana, cakap-cakap belakang atau sekadar mengeluh, tidak akan ada jalan penyelesaiannya. Nak lakukan sesuatu mestilah berani. Nak jadi berani, mesti nak kena ada fakta yang kuat. Jangan laungkan suara yang kuat dari 'tin yang kosong'. Jeritlah sekuat mana jika ada sesuatu yang membuktikan bahawa kita berhak dan berani untuk menjerit.

Kalau setakat nak acah-acah, ragu-ragu, tidak pasti, betul-betul nak ke tak, baik tak payah. Buang masa je. Kalau nak, mesti cakap secara berani dan berterus-terang. Fakta mesti kuat dan bukti itu umpama peluru yang boleh dilepaskan bila-bila masa bila perlu. Tidak salah kalau buat secara yang terbaik. Buat lah surat untuk wujudkan bukti. Bila ada bukti, mudah untuk ambil langkah seterusnya. Jangan takut kalau benda tu adalah benar.

"...berani kerana benar..."

Kalau setakat cakap, bising-bising, takda gunanya...

Sunday, March 27, 2011

Positif Tetapi...

Melalui e-mail bertarikh 26 Mac 2011, e-mail telah diterima mengenai keputusan ke atas permohonan yang dibuat sebelum ini. Alhamdulillah... satu keputusan yang amat positif tetapi apa yang diharapkan adalah satu keputusan yang lebih baik daripada itu.

Pada 27 Mac 2011, aku dah balas balik email tu dan memohon agar permohonan aku diteliti dan dipertimbangkan semula dengan menyebut semula faktor-faktor penting yang perlu diteliti lebih mendalam dan dipertimbangkan sebaik mungkin. Pada hari yang sama, satu lagi email telah dihantar secara peribadi kepada pegawai yang bertanggungjawab untuk menjelaskan dengan lebih terbuka faktor-faktor yang termasuklah isu-isu yang tidak dimasukkan di dalam e-mail rasmi. Tunggang langgang jugak ayat dan habis lintang pukang perkataan sebab menulis sampai 7.35 pagi. Dah dua malam berturut-turut aku tidak tidur malam. Sakit jugak seluruh badan dikerjakanya. Malam ni mesti tidur sebelum pukul 10 pm. Jika tidak, habislah masa tengah kerja esok. Dah lah kesihatan belum pulih 100 peratus.

Lega rasanya sebab dah balas balik e-mail dan ambil kesempatan untuk luahkan apa saja yang terbuku di hati. Sepertimana post sebelum ini...

"...masanya telah tiba..."

Mungkin ini lah masa yang paling sesuai untuk bertindak. Tidak perlu kisah dan peduli jika dikategorikan "selfish", mengada-ngada, "demanding", melawan, ingkar perintah dan apa jua tanggapan negatif yang bakal dilemparkan. Semua ini dilakukan hanya semata-mata demi masa depan aku, keluarga aku dan kemajuan kerjaya aku. Tiada sebarang agenda tersembunyi atau tiada sebarang niat untuk melanggar peraturan. Lagi pun, semua yang aku telah buat adalah mengikut nasihat, pandangan, prosedur dan peraturan yang digariskan oleh mereka. Buat cara aku mengambil tindakan secara 'hentam koromo'. Sebelum buat sebarang keputusan dan bertindak sesuatu, mesti aku akan minta pandangan dan nasihat serta mencari panduan berdasarkan prosedur yang telah sedia ada. Aku rasa tiada sebarang perlanggaran dalam perkara ini.

Bukan hendak mendesak tetapi sekadar ingin meluahkan rasa dan menyampaikan matlamat serta perancangan hidup demi kebaikan diri dan juga membuktikan komitmen terhadap amanah serta tanggungjawab yang telah diberikan. Kerjaya, masa depan dan keharmonian serta kesejahteraan keluarga adalah sama pentingnya. Kesemuanya perlu diperkemas dengan sebaik-baiknya agar seimbang demi kebahagian berpanjangan.

Memang benar kata kebanyakan orang, masa depan kita sememangnya kita sendiri yang perlu merencanakannya. Tiada siapa yang akan bertanggungjawab ke atas masa depan kita melainkan diri kita sendiri. Seperti juga dalam post sebelum ini, aku pernah katakan...

"...perlukan angin perubahan..."

"...berani berubah untuk berjaya..."

Insyaallah... aku dah berusaha sedaya upaya. Tunggu dan lihat sahaja apakah keputusan yang bakal diterima. Sekiranya masih belum memenuhi kehendak dan bakal merencatkan rancangan dan matlamat yang ingin dicapai, aku perlu bertindak sekali lagi. Tiada siapa yang berhak menghalangnya. Tidak keterlaluan juga aku katakan bahawa, ini adalah hak aku. Masa depan diri sendiri, kerjaya dan keluarga tidak boleh dipandang remeh atau diperjudikan secara sia-sia. Setiap aspek tersebut perlu diperjuangkan setegas yang yang boleh.

Usaha dah dibuat. Doa akan terus dipanjatkan kepada yang Maha Esa. Aku tetap yakin dan terus berani menyatakan bahawa, akan ada keputusan yang lebih positif. Insyaallah...

Wednesday, March 16, 2011

The Biggest Losser

The biggest losser 2011 adalah merupakan salah satu program TV kegemaran. Sukar digambarkan bagaimana peserta program ini dapat menurunkan berat badan 5 - 10 kg seminggu. Wowwww!!!... kita ni punya lah joging hari selama sebulan pagi dan petang, paling banyak turun pun 1 - 2 kg. Ada sesetengah orang tu joging dan bersenam bukan main lagi tetapi tak turun jugak berat badan malahan ada yang bertambah berat badan. Ermmmm... macam ada pengalaman je hahahaa... Berdasarkan maklumat yang pernah dibaca, untuk menurunkan berat badan, bukan hanya setakat joging atau bersenam, tetapi perlu jugak mengambilkira cara pemakanan. Kita kena tahu apa jenis makanan yang nak dimakan, kandungan lemaknya, jumlah kalori dan sebagainya. Kalau beli apa makanan yang berbungkus, kita dinasihatkan untuk membaca maklumat mengenai nutrition yang terkandung di dalam makanan tersebut. Supaya, kadar lemak, kolestrol, kalori dan seumpamanya dapat diambil pada kadar yang sepatutnya dan bersesuaian dengan badan kita. Lebih kurang begitu lah.

Untuk musim 2011, format yang digunakan ialah berpasangan sama ada antara emak dan anak, ayah dan anak, suami isteri, pasangan kekasih, rakan karib, bekas suami isteri dan rakan sekerja. Yang menarik perhatian ialah tentang pasangan bekas suami dan isteri. Pada minggu kedua, pasangan tersebut mencatat penurunan berat badan kedua terendah. Keadaan tersebut amat mencemaskan. Dengan penuh ikhlas, pasangan tersebut sekadar mengharapkan peserta-peserta yang lain menyelamatkan mereka dan memohon untuk diberikan peluang kedua bagi membuktikan kemampuan sebenar. Berkat keikhlasan, pasangan tersebut telah terselamat sehinggalah mampu bertahan pada minggu ini. Paling mengejutkan, pasangan ini telah mencatat penurunan berat badan yang tertinggi. Dengan rendah diri, pasangan ini telah menyatakan penghargaan kepada semua peserta yang ada di atas peluang yang telah diberikan. Peluang ke-2 telah dimanfaatkan sepenuhnya.

The moral of stories is untuk berjaya, kita bukan sahaja dituntut untuk berusaha dan bekerja keras. Diingatkan bahawa keikhlasan serta menghargai orang lain juga antara faktor penting sesebuah kejayaan. Jangan sekali-kali menidakkan rezeki orang lain demi kepentingan peribadi. Janganlah bersikap angkuh, sombong, bongkak serta lupa diri dengan kejayaan yang ada. Sekiranya kita selalu ikhlas serta sering menghargai orang lain, Insyaallah... Allah SWT akan sentiasa melimpahkan segala kejayaan. Ikutlah tauladan pasangan tersebut. Walaupun telah menjadi peserta terbaik bagi minggu ini, pasangan tersebut makin merendah diri dan melahirkan penghargaan tertinggi mereka kepada semua pihak yang pernah menyelamatkan mereka daripada tersingkir awal.

Tidak perlu cemburu dengan kejayaan orang dan jadikanlah kecemerlangan orang sebagai sumber inspirasi kita. Kita juga mampu berjaya seperti mereka-mereka yang telah berjaya. Jangan sesekali membunuh periuk nasi orang lain dan amalkan sikap ikhlas serta hargailah orang lain. Insyaallah... kejayaan yang diimpikan akan tercapai.


Sunday, March 13, 2011

Angan-Angan Mat Jenin Alaf Baru...

Macam-macam angan-angan yang ada dalam kepala otak ni. Kadang-kadang tu, tak tercapai dek akal. Ada masanya, terdetik jugak di hati, boleh ke angan-angan ini untuk dicapai dan dijadikan realiti. Mampukah kita. Kalau nak fikir-fikir memang susah. Segala-gala yang baru bermula memang susah untuk dilakukan.

Tetapi, banyak orang kata, setiap kejayaan itu bermula daripada angan-angan. Bila ada angan-angan, tanam pulak keazaman. Daripada keazaman yang tinggi, binalah pulak keyakinan. Bertolak daripada keyakinan diri, binalah fikiran yang selalu positif. Apabila sering positif, kita akan selalu pandang jauh kehadapan. Dengan pandangan yang jauh ini, secara automatik, kita akan berusaha untuk menuju ke arah itu sejauh mana yang mungkin. Dalam kita berangan, berazam, berfikiran positif, berpandangan jauh dan berusaha keras ke arah yang dituju, sembahkanlah doa kepada Allah SWT. Insyaallah kita akan berjaya.

Berbalik kepada angan-angan, aku pun ada impian tersendiri untuk melepaskan diri daripada kongkongan makan gaji. Tak salah kalau sesiapa saja nak berangan apa jua sekali pun. Aku punya angan-angan;

1. Nak balik Malaysia setelah hampir 7 tahun berkhidmat di luar negara.

2. Sampai je kementerian, tengok dulu apa perancangan pihak atasan. Jika tidak seperti yang diimpikan, merancang nak tukar kementerian.

3. Jika ada rezeki, nak mintak tukar ke negeri asal.

4. Sampai je negeri asal, nak jumpa beberapa orang kawan terutamanya yang memang keja sendiri dan tidak pernah makan gaji.

5. Dengan modal yang ada, bolehlah mula berniaga. Yang paling aku minat dan mampu aku buat mungkin bidang penternakan. Penternakan itu aku akan gelar "mama's farm". Kalau dah stabil, apa lagi, aku nak berenti makan gaji.

6. Apabila bidang ternakan berhasil, nak cuba pulak bidang permakanan. Mungkin nak buat perniagaan pengeluaran makanan pulak.

7. Apabila perniagaan menjadi besar dan mendapat sambutan serta ada pasaran yang luas, nak bukak pulak kilang pengeluar makanan berasaskan sumber ternakan dengan jenama "abgadikbaby's food".

8. Apabila berjaya di dalam negara, aku nak tembusi pulak pasaran di luar negara.

9. Kalau dah jadi penternak dan pengusaha serta boss yang berjaya, sudah pasti aku jadi kaya raya.

10. Sekiranya dah kaya, aku boleh buat kediaman, beli kenderaan serta pergi ke mana sahaja terutamanya pergi 'haji'.

11. Akhir sekali, dengan harta kekayaan yang ada, aku nak tubuhkan sebuah yayasan yang bergelar "Yayasan Mama-Abg-Adik-Baby".

Tak salah kan aku punya angan-angan. Semua orang berhak mempunyai angan-angan. Apa yang paling penting, aku dah mulakan langkah pertama. Dapat balik je Malaysia, aku akan mulakan langkah seterusnya.

Rezeki itu ada di mana-mana. Insyaallah...

Boleh Ke Kita Menjadi Seorang Boss...

Sambungan daripada post sebentar tadi, ingin dikupaskan lebih lanjut, boleh ke kita menjadi seorang boss. Pendapat awal yang boleh diberikan, kenapa tidak. Sesiapa sahaja boleh dan layak menjadi seorang boss. Siapa kata tak boleh. Mesti boleh punya. Apa yang paling penting, kita mesti tahu macam mana kita boleh menjadi seorang boss. Timbul pulak persoalan yang dibangkitkan oleh seorang sahabat;

"...kalau semua orang nak jadi boss, sapa pulak nak jadi kuli..."

Betul jugak. Kalau semua orang dah jadi boss, siapa lah pulak yang sanggup jadi kuli. Waduh... berat jugak persoalan ni. Mungkin kita boleh lihat secara begini. Dalam dunia ni, Allah SWT dah cipta segala-galanya dengan cukup lengkap dan indah. Allah SWT juga telah jadikan kita dengan pelbagai golongan. Oleh itu, tak perlulah kita pertikaikan dan berasa risau dengan persoalan ini. Maknanya cukup jelas bahawa dalam hidup kita dan dalam dunia pekerjaan kita serta dalam apa jua keadaannya, sudah pasti akan ada boss dan mesti ada kulinya. Kita pulak memang digalakkan atau diwajibkan untuk membina kemajuan dalam hidup kita. Sesiapa yang rajin berusaha dan menggunakan segala ilmu yang ada serta yakin dan berserah kepada Allah SWT, sudah pasti akan layak membina sesuatu yang melayakkan diri kita menjadi seorang boss. Segala-galanya bergantung kepada diri kita sendiri.

"...memang seronok menjadi seorang boss..."

Itu adalah kata-kata seseorang yang memang menjadi boss kepada pekerjanya. Memang tepat kata-kata itu dan tidak boleh dinafikan bahawa menjadi seorang boss, memberi peluang kepada kita menguasi orang-orang yang bekerja di bawah kita. Tiada sebarang halangan dalam perkara ini. Adakah kita cukup bersedia menjadi seorang boss. Kalau tak yakin, jika tak bersedia, andai ilmu belum cukup di dada dan sekiranya keberanian tiada di dalam jiwa, tak usahlah berangan nak menjadi seorang boss. Jadi lah kuli dan keja makan gaji selama-lamanya.

Sebenarnya, kita boleh berbuat sesuatu yang mampu menjadikan kita sebagai seorang boss. Paling senang kata, buat keja sendiri jangan lah makan gaji. Banyak perkara di dalam dunia ini yang boleh kita lakukan kerana Allah SWT telah menjanjikan rezeki itu ada di mana-mana. Terpulanglah kepada kita untuk mencarinya. Kalau tak mau keja makan gaji, buat lah perniagaan kerana 9/10 rezeki adalah daripada berniaga atau dalam konsep masyarakat kita, keja sendiri. Kalau nak jadi boss, memang kena lah keja sendiri. Kalau masih makan gaji, sampai bila pun akan jadi kuli. Tidak kira setinggi mana jawatan kita, hakikatnya, kita tetap jadi kuli.

Pucuk pangkalnya, kita kena mestilah selalu positif, yakin dan berani untuk mengubah hidup kita. Kalau orang lain boleh, mengapa kita tidak boleh. Mesti boleh punya asalkan ada daya usaha dan berani untuk berubah serta berfikir jauh kehadapan. Dalam dunia yang serba canggih, moden serta banyak kemudahan ini, sebenarnya lebih mudah dan terbuka banyak peluang untuk kita bekerja sendiri. Bila buat keja sendiri, kita lah boss sebab perniagaan itu kita yang punya. Kita berhak menjadi boss dan tiada siapa yang akan mempertikaikannya. Kalau tak sanggup, jangan banyak cakap atau nak melawan boss kita kerana, selagi kita makan gaji, selama itu lah akan ada boss di atas kita. Kalau tak mau berada di bawah boss, beranilah untuk berubah supaya kita dapat menjadi seorang boss.

Kalau selalu positif, yakin, rajin berusaha, terus berdoa dan berserah kepada Allah SWT, insyaallah... kita akan berjaya.

The Boss of All The Bosses

Tiba-tiba teringat kata-kata seorang rakan sekerja yang lebih dikenali sebagai 'brother senior'. Memang dah senior pun. 'First time' jumpa dia pun 8 tahun yang lepas. Masa tu dia baru sahaja balik dari Switzerland. Mungkin sahabat ni dah berkhidmat lebih kurang 20 tahun lebih. Memang layak di panggil 'brother senior'.

Siapakah 'BOSS' yang sebenarnya. Kat mana-mana je, orang atas kita mesti dipanggil 'boss'. Hebat sangat ke gelaran 'boss' ni. Besar sangat ke seseorang itu apabila bergelar 'boss'. Ada lagi ke peringkat yang paling tinggi daripada 'boss' ni.

Baiklah, mungkin kita boleh lihat secara ringkas dan jelas bagaimanakah konsep 'boss' dengan mengambil contoh sesebuah kementerian atau kerajaan. Dalam sesebuah kementerian, ia dibahagikan kepada pelbagai unit, cawangan, bahagian atau jabatan. Setiap satunya sudah pasti akan seseorang yang dilantik sebagai ketua atau biasanya orang panggil 'boss'. Di atas peringkat ketua unit, ketua cawangan, ketua bahagian atau ketua jabatan, akan ada seseorang yang menjadi 'boss' iaitu ketua pengarah atau ketua setiausaha. Selepas itu, di atas ketua pengarah atau ketua setiausaha ini akan ada lagi individu yang menjadi 'boss' mereka iaitu menteri. 'Boss' kepada menteri pulak ialah perdana menteri. 'Boss' kepada menteri pulak adalah YDP Agong. Kalau kat negara lain ketua negaranya dipanggil Presiden. Jadi, siapa pulak 'boss' kepada YDP Agong atau Presiden ini. Ada lagi ke sesuatu yang lebih tinggi darjatnya, lebih besar kuasanya yang layak menjadi 'boss' kepada YDP Agong atau presiden ini. Secara zahirnya, kalau kita tengok macam takde dah yang paling tinggi dari kuasa 'boss besar' negara-negara di seluruh dunia ni. Betul ke dah takde atau kita yang tak tahu, atau kita kah yang terlupa. Mesti ada punya, takkan lah takde. Semua 'boss' yang telah dinyatakan tadi adalah manusia biasa. Semua manusia di muka bumi ini sama je. Yang membezakan setiap manusia hingga adanya istilah 'boss' ini ialah kepandaiannya, ilmunya, kebijaksanaannya, keyakinannya, keberaniannya dan seumpamanya. Sesiapa yang ada ciri-ciri itu, memang layak bergelar 'boss' atau berhak menjadi 'boss' kepada insan-insan yang lain. Maksudnya, kalau nak jadi 'boss' kena lah tau macam mana caranya nak menjadi seorang 'boss'.

Tetapi, 'boss' yang sebenar-benarnya, yang tiada tandingannya, yang maha berkuasa ke atas segala-galanya, yang maha besar, yang maha mencipta apa saja dan yang maha hebat dalam apa jua keadaannya adalah hanya Allah SWT... "The Boss of all the bosses". Tiada yang lebih tinggi dan hebat serta berkuasa melainkan Allah SWT... Hanya Dia lah 'BOSS' kepada segala 'bosses'. Oleh itu, sentiasa lah ingat bahawa, 'boss' yang paling besar ialah Allah SWT. Supaya kita sentiasa menjadi 'boss' yang terbaik dan disayangi oleh insan-insan lain yang mana kita menjadi 'boss' nya.

Itu lah apa yang aku faham daripada kata-kata sahabat itu.

Wassalam.

Thursday, March 10, 2011

Tak Puas Hati atau Belum Mencapai Kepuasan Yang Dicari...

Sejak 3 bulan yang lalu, secara tiba-tiba kesabaran seakan sampai ke kemuncak. Cukup lama kesabaran aku ini dipupuk dan dibelai agar sentiasa bertenang. Tetapi, 3 bulan kebelakangan ini, kesabaran memang tidak mampu dibendung lagi. Lumrah manusia biasa. Hamba Allah SWT yang lemah dan hina. Kesabaran memang ada batasannya.

Cumanya... kadang-kadang susah nak faham. Adakah hilangnya sabar itu disebabkan oleh rasa benci dengan tugas atau orang yang berada di atas. Tetapi, tiada masalah dengan tugas dan tanggungjawab. Kerana, memang sudah janji kita bila menerima tawaran kerja. Pekerjaan itu adalah amanah dan perlu dilaksanakan sebaik mungkin. Adakah tugas dan tanggungjawab telah dijalankan seperti yang dikehendaki oleh pihak atasan? Jawapannya sudah tentu. Aku cukup yakin bahawa amanah itu telah dilaksanakan sedaya upaya aku. Meskipun tidaklah 'perfect' seperti orang lain, sekurang-kurangnya aku telah buat sesuatu dan telah memudahkan banyak pihak dan diri aku sendiri. Tak perlu lah nak cakap cerita terdahulu. Yang lepas usah dikenang dan hanya perlu tumpukan apa yang bakal mendatang. 

Mula-mula dulu, bukan main lagi orang puji sana puji sini sebab aku datang dengan satu perubahan biar pun sedikit tetapi tetap ada perubahan yang menggembirakan banyak pihak dan ramai yang 'happy' kata orang putih. Tetapi, sejak akhir-akhir ini, segala-galanya terasa seperti aku ni macam penghalang pulak. Segala yang telah aku buat mula dipertikaikan dan dipersoalkan seolah-olah aku buat salah. Walhal, aku telah lakukan sesuatu yang aku rasa betul berdasarkan arahan dan peraturan yang telah ditetapkan. Sejak dari itu, awan mendung mula berarak... 'cheewahhh' bermadah lah pulak. Rasa kecewa, tersingung, tertekan, rimas, lemah, menyampah, benci dan seumpamanya mula terbit dalam jiwa aku. Namun, tidak sedikit pun perasaan buruk itu atas nama tugas dan tanggungjawab. Semuanya terjadi bila kewibawaan aku dicabar dan diperlekehkan. Lantas aku ingin membuktikan bahawa, aku boleh menjadi lebih baik dan maju daripada mereka-mereka ini.

Dalam terjadinya semua itu, timbul perasaan yang memang sudah mula aku pupuk sejak beberapa tahun yang lalu. Terus aku jadikan segala kekecewaan itu sebagai cabaran baru dan kata-kata semangat untuk aku merancangkan sesuatu dengan lebih yakin dan berani. Kita perlu berani untuk berubah kalau ingin maju. Aku mula 'polish' keyakinan dan kesungguhan serta keberanian untuk mula melangkah demi mencapai sasaran yang ingin digapai. Biarpun terlalu banyak halangan, aku akan teus hadapi hinggalah aku dapat mencapai sasaran tersebut. Langkah pertama sudah mula menunjukkan tanda positif. Aku dah mintak balik ke Malaysia dan mula dipertimbangkan oleh pihak atasan di sana. Walaupun masih kabur, tetapi jalannya mula kelihatan.

Dapat balik je ke Malaysia tak kira bila, aku akan mulakan. Tak boleh besar, buat yang kecik. Segala-galanya mesti dimulakan terlebih dahulu. Ramai rakan taulan yang memberikan semangat termasuklah teman 'tweeter' yang kaya dengan ilmu nasihatnya. Lepas baca je 'website' teman 'tweeter' ni, semangat tu memang berkobar-kobar. Tidak kurang jugak yang memperlekehkan perancangan aku. Aku tak kisah, aku nak balik Malaysia, aku nak mulakan sesuatu. Biarlah apa orang kata. Aku tidak peduli. Aku nak balik, aku nak buat jugak. Kalau orang lain boleh, mesti aku boleh. Jika bangsa lain boleh, orang melayu macam aku kenapa tidak boleh. Mesti boleh punya. Yang penting, berani untuk berubah dan kalau dah yakin, buat sahaja. Selagi tak buat, selama itu kita akan rugi dan terus ketinggalan.

Langkah pertama, fokus untuk balik ke Malaysia. Setelah itu, melangkah lah semampu yang boleh. Kata-kata ini telah meledakkan api semangat dalam jiwa aku:

"...don't just talk and tweet only. Just do it and grab it..."

Sudah pasti, akan aku lakukan sebaik sahaja dapat balik ke Malaysia nanti. Insyaallah...

Kembali Sedikit Ketenangan Jiwa...

"Alhamdulillah..."

Tanpa sedar, terpancul kalimah syukur setelah mendapat kelulusan tiket untuk balik bercuti. Kembali sedikit ketenangan dalam jiwa. Dah boleh senyum tetapi dalam hati, masih bersisa kerisauan. Jika tiket diluluskan, ini bermakna aku masih perlu berada di sini untuk tempoh 6 bulan atau lebih. Kalau tolak cuti kali ni, ada baki 5 bulan dan ditolak lagi cuti raya bulan Ogos, berbaki pulak 4 bulan. Boleh lah kot, bersabar sedikit je lagi.

Nasihat seorang sahabat yang boleh dianggap sebagai pesanan seorang kakak:

"...Sabar sikit je lagi. Balik ni, jumpa orang kat sana. Cerita terus terang dari hati ke hati. Biar kita luahkan dan bercakap secara depan-depan. Jangan peduli apa komen dan pandangan yang bakal diterima. Yang lebih penting, kita ceritakan terlebih dahulu. Insyaallah, boleh tu..."

Betul jugak. Kenapa lah tak terfikir benda ni. Nasib baik tarikh tiket tu aku anjak sehari kehadapan. Kebetulan pulak dan memang tepat lah. Boleh lah aku jumpa pihak-pihak di sana untuk berbincang dari hati ke hati mengenai masalah dan masa depan aku. Itu lah kehebatan orang yang berpengalaman dan matang usia.

Insyaallah, peluang yang ada aku akan gunakan sebaik-baiknya. Seandainya tidak dapat balik pertengahan tahun, sekurang-kurangnya dapat balik hujung pun boleh jugak. Apa yang paling penting, aku nak balik tahun ni jugak. Balik je nanti, aku akan menggorak langkah dan mula melaksanakan segala perancangan yang telah dibuat. Hujung tahun atau awal tahun depan, masih ada kesempatan untuk memulakan langkah demi kemajuan masa depan dan kepuasan yang ingin diraih.

Insyaallah...

Tuesday, March 1, 2011

Sampai Ke Kemuncak...

Sebaik sahaja aku tulis kat wall FB

"...dah tiba masanya, sudah sampai ke kemuncak.."

terus mendapat sambutan hangat daripada rakan-rakan dan sahabat-handai. Pelbagai komentar yang telah diberikan. Ada yang kata

"...air dah penuh..."

"...jaga-jaga..."

 "...berat kapal terbang nak bawa..."

"...kerja perintah..."

Macam-macam lah sampai tak ingat dan tak larat nak tulis dalam ni. Alhamdulillah... sekurang-kurangnya aku masih ada ramai kawan dan sahabat yang sentiasa mengikut perkembangan aku. Asal aku tulis je kat wall FB mesti cepat je dapat responed. Alhamdulillah...

Sampai ke kemuncak tu memang ada maksud tersendiri dan adakalanya aku sendiri sukar mentafsirkannya. Buat masa ini, dalam keadaan begini dan dengan suasana begini, mungkin boleh aku huraikan secara ringkas bahawa kesabaran aku sudah sampai ke kemuncak. Aku merasakan bahawa, aku sudah tidak boleh bertahan lagi dan tidak mampu lagi membendung perasaan amarah yang sedang bergolak di dalam jiwa aku ini. Dari hari ke hari, tekanan ini semakin berat dan bisa meletup pada bila-bila masa sahaja. Sekiranya tidak dikawal rapi, sudah pasti akan jadi seperti gunung berapi yang meletus dan mengelegakkan lava yang amat panas dan boleh membunuh sesiapa saja mahu pun hamba Allah SWT yang lain. 

Itu lah lemah nya hamba Allah SWT bernama manusia. Manusia diciptakan sebagai insan biasa yang diberikan tanggungjawab sebagai pemimpin atau khalifah di muka bumi. Tetapi, mengapa dalam dunia yang semakin moden dan uzur ini, manusia semakin angkuh, sombong dan bongkak meskipun berpeluang memiliki secubit kuasa. Mudah lupa diri dan terlalu angkuh dengan kuasa yang. Sedangkan... kuasa Allah SWT itu yang tiada bandingannya....  

Saturday, February 26, 2011

Pemikiran Orang Kita...

Salah seorang sahabat karib telah mengetengahkan isu kadar kemiskinan di Malaysia. Sebagai insan biasa, sahabat aku ni telah meluahkan rasa tidak puas hati dengan peratusan kadar kemiskinan yang diumumkan oleh pihak kerajaan. Sahabat aku ni juga telah melahirkan rasa kecewa dengan laporan tersebut lantas membuat perbandingan mengenai jumlah penduduk miskin di kampungnya. Dalam masa yang sama, dengan lantang menyatakan bahawa...

"...kerajaan kita tidak ikhlas..."

Aku bangga dengan sahabat ini kerana berani menyatakan sesuatu yang dirasakan ada kebenarannya. Bagi aku, sahabat ini tidak salah kerana dia berhak memberikan pendapatnya dan mengetengahkan ulasannya. Sebagai sebuah negara demokrasi, bagi aku tiada salahnya. Katalah apa sahaja, biarlah pihak berkuasa mendengar dan berusaha membuat sesuatu dalam isu kemiskinan ini. Apabila aku menyatakan pendapat...

"...negara kita, orang kita lebih baik daripada negara-negara lain termasuklah USA dan Europe..."

Seorang lagi sahabat telah bersetuju dengan pendapat aku. Tetapi, beliau turut mempertikaikan bahawa perbandingan kadar kemiskinan ini hanya dibandingkan dengan negara-negara mundur. Beliau dengan tegas menyatakan pendirian, negara kita perlu membuat perbandingan dengan negara maju sepeti Singapore. Aku semakin bangga kerana semakin ramai yang berani bersuara apatah lagi sahabat-sahabat aku ini yang tergolongan dalam generasi baru dan bakal menjadi pemimpin negara suatu hari nanti Insyaallah... Cumanya, sahabat ini telah memberikan maklumat mengenai kadar persepsi rasuah yang menunjukkan Malaysia lebih teruk berbanding Afrika Selatan... Sememangnya itu lah kenyataan yang telah dikeluarkan secara rasmi. Tiada siapa yang boleh menafikan perkara itu kerana ianya adalah maklumat rasmi. Selain itu, ada juga rakan-rakan lain menyatakan...

"...orang kaya semakin kaya, orang miskin semakin miskin..."

Satu kenyataan yang klasik tetapi penuh bermakna. Lantas aku memberikan reaksi kepada setiap pendapat yang ada dan memberikan ulasan ringkas. Aku tetap mempertahankan bahawa walau macam mana sekalipun, negara kita tetap yang terbaik. Tanpa menyebelahi mana-mana pihak, aku berpendapat seperti ini...

"...Dalam isu ini, apa yang paling penting ialah kita mesti berani berubah, berfikiran lebih positif, berpandangan lebih jauh kehadapan dan rebut segala peluang yang ada. Baru lah kita boleh menjadi kaya, hidup senang, mewah seperti orang-orang kaya yang lain. Guna kuasa kita sebagai rakyat untuk lakukan perubahan. Jika kita terus bersikap negatif, kita juga yang rugi. Berfikir dengan lebih positif untuk berjaya dan gunakan segala peluang yang ada untuk lebih berjaya. Jika tidak, kita akan terus rugi dan orang lain yang akan terus senang dan kaya raya. Pucuk pangkalnya adalah bertolak daripada diri kita sendiri. Di samping kita mengeluarkan pendapat, kita perlu mencari dan merebut peluang yang ada. Jika hanya mengkritik tanpa sebarang usaha untuk maju kehadapan, akan tiada maknanya. Oleh itu, dengan sedikit perubahan, selangkah gerakan positif, Insyaallah... kita akan berjaya..."

Pada waktu ini, di Malaysia dah pukul 2.59 pagi. Esok, pasti sahabat-sahabat aku ini akan memberikan maklumbalas. Kita tengok dan lihat bagaimana. Setakat maklum balas yang ada, sahabat-sahabat ini masih perlu banyak membaca, belajar dan mencari pengalaman serta menjadikan segala apa yang berlaku di negara lain sebagai pengajaran... Aku berharap sahabat-sahabat ini dapat membalas dengan nada yang lebih positif dan ada harapan pandang jauh kehadapan.

Insyaallah...



Friday, February 25, 2011

Kereja Perintah

Tiba-tiba teringat kata-kata seorang kawan lama...

"...kereja perintah..." atau dalam bahasa baku, "...kerja kerajaan..."

Betul jugak kawan aku tu cakap, dah kita ni 'kereja perintah' memang kena perintah selalu. Hari-hari mesti kena perintah. Kita pulak terpaksa menerima perintah. Sama ada suka atau tidak ini lah lumrah 'kereja perintah'. Memang selalu diperintah dan terpaksa menerima perintah. Bila difikirkan balik, sampai bila kita nak terima perintah.

Hanya satu jalan, kita mestilah menjadi diri kita sebagai pihak yang memerintah. Baru lah tidak kena perintah dan kita yang akan memerintah. Bagaimana pulak nak jadi seorang pemerintah? Ini lah persoalan dan masalah yang sering dihadapi oleh seseorang tidak suka diperintah. Untuk mengelak daripada terus diperintah, kita mesti menjadi pihak yang memerintah. Selagi kita bekerja di bawah orang lain, selamanya kita akan diperintah dan terpaksa menelan kepahitan kena perintah.

Dengan kata lain, jika tidak mahu diperintah, kita kena buat sesuatu yang membolehkan kita pulak yang menjadi pihak pemerintah. Iaitu... buat lah perniagaan kita sendiri. Perintah lah sepuas hati kita kerana kita yang punya. Bagaimana pulak nak buka perniagaan? Banyak mana pulak kos? Macam mana nak jalan perniagaan? Apakah caranya untuk pastikan yang kita ini menjadi pemerintah yang disegani, dihormati dan dikagumi? Apa pulak jadinya jika kita hanya menjadi pemerintah yang ditakuti dan bukan dihormati?

Jawapan kepada persoalan itu semua, berfikir dengan positif, buangkan negatif, mulakan langkah pertama dengan keyakinan, buangkan segala rasa ketakutan... Insyaallah, kita boleh lakukan...

Insyaallah... 

Abg, Adik, Baby... Ayah Rindu Kalian Semua

Alhamdulillah... Syukur ke hadrat Allah SWT.

Selangkah telah bermula. Setapak telah mula menapak. Titik permulaan sudah mula bergerak. Sudah tiba masanya... telah sampai saatnya.

Abg, Adik, Baby... Insyaallah ayah akan bersama dengan kalian tidak lama lagi. Sama-sama kita berdoa agar segala urusan dipermudahkan. Seandainya menjadi kenyataan, kita tetap juga berjauhan tetapi sekurang-kurangnya tidak sejauh ini. Segala apa yang telah Ayah lakukan adalah demi untuk anak-anak Ayah. Semoga Allah SWT memberkati dan merahmati serta memudahkan perjalanan hidup kita.

Amin...

Kelam Kabut...

Gara-gara tindakan yang telah aku buat, kelam kabut jugak orang-orang kat pejabat ni. Terasa bersalah pulak sebab tengok dia orang kelam kabut begini sampai pelbagai andaian telah dibuat. Walhal... dalam surat tu tiada langsung aku nyatakan mengenai sesiapa dan ditujukan kepada sesiapa. Walaupun, keputusan nekad yang aku buat sebenarnya turut dipengaruhi oleh sesuatu yang telah lama aku pendam dan diamkan. Apa yang pelik, mengapa ada orang yang bersangka yang bukan-bukan sedangkan ianya tidak pernah dinyatakan. Kenapa perlu terasa... Adakah mereka perasan mengenai perkara-perkara itu? Kalau dah perasan, mengapa tidak berusaha untuk membetulkan keadaan. Kenapa mesti mahu mempertahankan perasaan ego dan bongkak serta tinggi diri yang tiada kesudahan itu. Kenapa pula perlu takut. Apa yang paling melucukan, orang-orang ini seperti takut dan seram dengan bayang-bayang sendiri. Yang paling lawak, kenapa perlu suruh aku bagi tau...

"...Andai kata pihak di sana bertanya, tolong katakan yang kita tiada masalah dari segi hubungan dan kerja..."

Nak muntah mendengarnya... tau pun takut. Tapi... yang peliknya dalam surat tu aku tak cakap apa pun. Cuma aku nyatakan mengenai naluri aku sebagai seorang ayah yang mempunyai rasa tanggungjawab tinggi terhadap anak-anak, isteri dan keluarga. Mengapa mereka boleh berfikir sampai ke tahap itu. Apa maknanya dan kenapa mereka terus membuat andaian sebegitu.

Hakikatnya... itu lumrah manusia. Sukar untuk menelaah diri sendiri. Keras hati untuk bermuhasabah dan menyelami kelamahan diri. Terlalu sedikit manusia yang mahu mengaku kesilapan dan berlembut dengan kekurangan diri. Terlalu ramai yang lebih gemar bersikap sombong, tinggi diri, egois, dan merasa diri serba lengkap walhal mereka hanya manusia biasa dan semua manusia hanyalah hamba biasa. Bak kata pepatah...

"...dah terhantuk baru ternganga..." "...mendongak ke langit sampai lupakan bumi..."

Aku tidak mahu menoleh kebelakang lagi. Aku tidak mahu lagi segala keikhlasan, keredaan, keterbukaan dan tindakan profesional aku dijadikan barang mainan, diambil kesempatan oleh orang-orang yang tidak tahu menghargai kebaikan ini. Aku amat yakin bahawa hanya Allah SWT sahaja lah yang maha berkuasa di atas segala-galanya dan Maha Pengasih serta Maha Penyayang. Aku dah banyak bersabar dan berusaha, biarlah Allah SWT yang menentukannya. Hanya Allah SWT yang Maha Mengerti dan Maha Mengetahui segala-galanya. Aku mengharapkan sesuatu yang baik dalam masa beberapa hari ini.

Insyaallah...

Wednesday, February 23, 2011

Macam Mana Maju???

Sakit jugak kepala hotak ni... dah takde benda nak buat dok selalu fikir macam-macam. Bila jiwa dah tak tenteram, hati dah tak tenang, kepala pun dah bengang dan mungkin ini lah masanya...

Ada seorang kawan kata "... kalau aku, makin dia keras, aku keraskan lagi..." dan juga kata "... takkan kerana dia ko nak mengalah..."

Seorang lagi kata "...mana-mana pun sama je, cuma tpt lain ni kurang stress..."

Yang ini pulak kata "...sabar lah sikit, aku pun dah biasa kena dulu, memang begini lah, kita kena bertahan..."

Ramai yang kata "...buat lah keputusan yang terbaik, didoakan agar segala yang terbaik untuk semua orang..."

Kesemua situasi tu menggambarkan apa yang sedang aku rasa dan alami ketika ini. Tidak pernah aku rasa seteruk ini walaupun sebelum ini aku dah hadapi cabaran dan dugaan yang lebih besar. Beberapa tahun dulu, aku boleh gagahkan jugak sampai boleh bertahan lah lebih 5 tahun. Tetapi kali ini dugaan tu agak lembut tetapi menusuk hati. baru je masuk ke 1 tahun 1/2, dah tak larat dan memang surrendur kata orang putih.

Bak kata kakak PA "...benda-benda gini lah yang boleh buat makan dalam..."

Itu lah yang sakit sangat tu. Akibat kesakitan yang menusuk dalam itu, aku akhirnya nekad buat satu keputusan. Sudah sampai masanya. Sama ada nak beralih arah atau berundur dari lapang mencari padang tempur yang baru. Panggilan telefon telah dibuat, surat dah pun dihantar, hanya menunggu reaksi dan jawapan. Apa yang lebih pasti, berundur tidak semestinya mengalah, beralih arah bukannya pengecut dan mengeraskan diri tidak semestinya akan jadi juara. Ada baik nya, ambik keputusan berundur demi kebaikan semua pihak dan meredakan diri untuk mencari jalan keluar yang lebih baik. Tidak ada gunanya mengeraskan diri jika ianya akan memburukkan lagi keadaan dan menyebabkan orang lain turut terjejas sama. Alangkah lebih baik berundur jika ianya mendatangkan manfaat yang lebih sempurna untuk diri sendiri dan bermanfaat juga untuk orang lain.

Insyaallah... jika buat sesuatu yang baik dan turut memberikan manfaat pada orang lain, Allah SWT akan melimpah lagi lebih banyak keberkatan dam kemurahan rezeki kepada kita...

Percaya lah... jika kita membuat orang lain susah dan hilang manfaat yang sepatutnya orang lain dapat, Allah SWT akan memberikan balasan sewajarnya...

Kita juga telah diajar bahawa kita mestilah sering berusaha untuk memajukan diri dan usaha dengan lebih gigih dan bersungguh-sungguh. Setelah semua usaha dibuat sedaya upaya kita, serahkan kepada Allah SWT untuk menentukanya...

Insyaallah...

Sunday, February 6, 2011

Rancangan Masa Depan Untuk Teruskan Kehidupan

Memang dah lama sangat tak update blog ni. Sibuk sangat ditambah pulak banyak habiskan masa dan tenaga untuk 'adjust' hidup seorang diri di Peru ni. Sejak kahwin hingga anak 3 aku memang tidak pernah duduk berjauhan dengan isteri dan anak-anak tercinta. Entahlah... dugaan datang secara tiba-tiba yang memaksa aku dan isteri membuat keputusan untuk kebaikan dan masa depan anak-anak... "Anak-anak didahulukan, Isteri diutamakan"...

Bila dah duduk seorang diri... mula lah fikir macam-macam. Berjuta-juta idea yang disulami angan-angan menerjah minda... cari punya cari, fikir punya fikir, ditambah pulak dengan rasa yang semakin tidak seronok dan kurang semangat nak terus kerja dengan orang (kerja makan gaji), aku mula memikirkan mungkin sudah tiba masanya aku nak kerja sendiri. Mula lah aku tanya semua kawan-kawan, teman-teman, rakan-rakan dan mula memasang angan-angan. Aku rasa, benda yang aku yakin dan boleh buat ialah mungkin untuk menceburi bidang penternakan. Dari dulu lagi aku dah mula baca dan kumpul maklumat mengenai penternakan kambing. Jika berjaya, nak ternak lembu. Kalau maju, nak ternak ayam belanda. Kalau dah yakin boleh maju lagi, nak ternak arnab pulak atau unggas-unggas yang boleh memberikan hasil. Andai kata memang dah benar-benar berjaya, mungkin boleh fikirkan untuk keluarkan produk tertentu daripada semua ternakan tersebut. Bila pasang angan-angan, memang nampak macam semuanya mudah dan senang.

Tapi, hakikatnya memang tidak semudah yang difikirkan. Segala-galanya perlukan modal wang, pengetahuan, keyakinan dan kesungguhan serta keinginan yang tinggi. Untuk permulaan... bina fikiran yang positif dan bentuk jiwa dengan keyakinan serta banyak berdoa kepada yang Maha Esa mohon pedoman. Insyaallah... boleh.