Sebaik sahaja aku tulis kat wall FB
"...dah tiba masanya, sudah sampai ke kemuncak.."
terus mendapat sambutan hangat daripada rakan-rakan dan sahabat-handai. Pelbagai komentar yang telah diberikan. Ada yang kata
"...air dah penuh..."
"...jaga-jaga..."
"...berat kapal terbang nak bawa..."
"...kerja perintah..."
Macam-macam lah sampai tak ingat dan tak larat nak tulis dalam ni. Alhamdulillah... sekurang-kurangnya aku masih ada ramai kawan dan sahabat yang sentiasa mengikut perkembangan aku. Asal aku tulis je kat wall FB mesti cepat je dapat responed. Alhamdulillah...
Sampai ke kemuncak tu memang ada maksud tersendiri dan adakalanya aku sendiri sukar mentafsirkannya. Buat masa ini, dalam keadaan begini dan dengan suasana begini, mungkin boleh aku huraikan secara ringkas bahawa kesabaran aku sudah sampai ke kemuncak. Aku merasakan bahawa, aku sudah tidak boleh bertahan lagi dan tidak mampu lagi membendung perasaan amarah yang sedang bergolak di dalam jiwa aku ini. Dari hari ke hari, tekanan ini semakin berat dan bisa meletup pada bila-bila masa sahaja. Sekiranya tidak dikawal rapi, sudah pasti akan jadi seperti gunung berapi yang meletus dan mengelegakkan lava yang amat panas dan boleh membunuh sesiapa saja mahu pun hamba Allah SWT yang lain.
Itu lah lemah nya hamba Allah SWT bernama manusia. Manusia diciptakan sebagai insan biasa yang diberikan tanggungjawab sebagai pemimpin atau khalifah di muka bumi. Tetapi, mengapa dalam dunia yang semakin moden dan uzur ini, manusia semakin angkuh, sombong dan bongkak meskipun berpeluang memiliki secubit kuasa. Mudah lupa diri dan terlalu angkuh dengan kuasa yang. Sedangkan... kuasa Allah SWT itu yang tiada bandingannya....
No comments:
Post a Comment