My First Blog

Wednesday, February 6, 2013

Lamanya!!!

Memang lama betul. Setahun lebih tak update blog sampai lupa password. Blog ni akan dihidupkan kembali. Banyak perkara akan dibicara. Alhamdulillah... setelah setahun 4 bulan berada kembali di Malaysia, banyak perkara aku belajar. Baru aku benar-benar sedar bahawa betapa banyaknya peluang hidup kat Malaysia ni. Kita je tak sedar atau buat-buat tak sedar mungkin jugak sengaja tak mau ambil tau tentang apa jua peluang yang ada. Kalau nak kira-kira balik semua peluang tu, tak yah pergi posting luar negara pun takpa. Insyaallah... dengan apa yang sedang dibuat, hasilnya lebih baik daripada terpaksa berkelana di luar negara. Macam kes nazmi faiz lah pulak.

Alhamdulillah... aku diketemukan dengan peluang perniagaan yang tidak pernah terfikir aku akan buat dalam hidup aku iaitu berniaga emas & perak. Perniagaan HPA secara sambil kecil-kecilan jugak masih bertahan. Tiba-tiba malam ni dijodohkan pulak dengan MyRightAd yang begitu mudah dan senang untuk menjana pendapatan tambahan apatah lagi untuk orang macam aku yang tak reti bercakap dengan orang memang sangat-sangat sesuai. Terlalu banyak peluang untuk tingkatkan taraf hidup kat Malaysia ni. Terlalu banyak. Kalau nak tahu maklumat lanjut tentang ketiga-tiga perniagaan yang aku buat, sila layari laman web di ruangan laman urus niaga.

Masih dalam dilema sama ada nak terus berkhidmat di kementerian sekarang atau mencari arah angin baru yang mungkin lebih segar. Keputusan yang cukup berat untuk dibuat. Kedua-dua keputusan ini cukup penting demi masa depan. Kedua-duanya ada kelebihan dan kekurangan. Setakat ini masih lebih kepada mencari angin baru... makin hari makin kuat perasaan nak tukar arah ni macam tak sabar-sabar dah. Tapi masih juga mahu bersabar dan buat pertimbangan sebaik-baiknya. Insyaallah... akan ada petunjuk yang jelas dalam masa terdekat ini. Tetap berpegang kepada kepercayaan takdir Allah SWT... rezeki ada di mana-mana.



Sunday, September 4, 2011

Sebulan Yang Mencabar

Insyaallah... sebulan saja lagi untuk cecah kaki di bumi Malaysia. Alhamdulillah... berkat doa kedua ibu bapa, isteri, anak-anak dan seluruh ahli keluarga serta jasa baik pihak kementerian, akhirnya aku diluluskan untuk balik berkhidmat semua di Malaysia.

Meskipun ada sebulan saja lagi tempoh yang hendak ditempuh, terasa cabaran yang bakal dihadapi bukan sebarangan. Baru sahaja selesai mengalami dan menyelesaikan saat-saat dan detik-detik kritikal serta tegang bulan lepas apabila dihadapkan dengan isu keldai dadah yang ditambah lagi bahangnya dengan peristiwa seorang lagi rakyat Malaysia yang hampir-hampir menjadi mangsa. Namun, kuasa Allah SWT telah memudahkan segala-galanya. Cuma tak pasti lagi apa yang bakal berlaku sebaik saja kaki aku cecah semula di Wisma Putra.

Enjin dah mula dihidupkan bermula semalam. Disambung lagi pada hari ini. Berusaha untuk mula menyelesaikan urusan di rumah dan pejabat satu persatu. Tetapi, dengan keadaan kesihatan yang agak membimbangkan, apa yang dikhuatiri telah terjadi. Baru je buat sikit untuk dua hari ni tapi dah mula terasa sakitnya. Entah macam mana nak teruskan untuk sebulan lagi. Banyak lagi yang nak diselesaikan. Insyaallah... boleh lah buat pelan-pelan.

Mulai hari ni, nak fokus untuk habiskan sebulan lagi sisa-sisa kehidupan di bumi Peru ni. San Isidro, Lima Peru bakal ditinggalkan. Insyaallah...

Wednesday, June 8, 2011

Pilihanraya Presiden Peru

Minggu lepas satu rekod lagi telah tercapai. Minggu paling terpantas mengatasi kepantasan minggu yang pernah berlaku sebelum ni. Rasa cepat sangat kerana tiba-tiba ja dah hari Jumaat. Patut lah rasa pelik semacam bila maid datang kerja, ingatkan hari Khamis rupanya dah Jumaat. Kenapa lah tiba-tiba otak ni tak berfungsi. Mungkin jugak sedikit sebanyak terkena tempias cara otak orang-orang Peru ni berfikir kot. hehehe... tak boleh lama duduk sini, nanti haru biru macam dia orang pemikiran aku.

Minggu lepas jugak ada perkara yang paling penting dalam sejarah Peru ni iaitu pilihan raya untuk pemilihan presiden baru Peru pusingan kedua di antara dua calon yang dikenali sebagai Ollanta Humala vs Keiko Fujimori. Ini pusingan kalah mati. Sesiapa saja menang walaupung majoriti di bawah 1 peratus (%) sekali pun akan ditabalkan menjadi presiden secara sah pada 28 Julai 2011 nanti. Ollanta Humala yang dikenali sebagai bekas komander tentera Peru berhaluan kiri. Manakala, Keiko Fujimori adalah anak kepada bekas presiden Fujimori yang sedang dalam tahanan penjara ketika ini. Ollanta Humala cukup popular dan disayangi oleh golongan bawahan atau miskin dan cukup ditakuti oleh orang-orang kaya dan businessman serta ahli korporat. Keiko Fujimori pula mendapat sokongan pelbagai lapisan masyarakat dan mengharapkan beliau dapat mengembalikan legasi kepimpinan bapanya jika dipilih menjadi presiden. Malangnya sentimen perkauman Jepun (Japon) atau Chinese (Cino) sedikit sebanyak menggugat Keiko Fujimori. Apatah lagi Ollanta Humala pernah dipenjarakan semasa pemerintahan Presiden Fujimori kerana dituduh cuba menentang kerajaan ketika itu. Pada masa itu jugak berlaku insiden yang cukup popular iaitu "Tupac Umaru" yang telah menjadikan Duta Besar Malaysia ke Peru yang pertama sebagai tahanan.

Ollanta Humala pula menghadapi cabaran untuk mendapatkan kepercayaan masyarakat pertengahan dan atasan kerana dianggap sebagai bakal pembawa kehancuran kepada sistem ekonomi dan pentadbiran Peru kerana dikatakan kawan rapat Hugo Chavez, Presiden Venuezela. Pendek kata, Ollanta Humala memang tidak disukai oleh ahli-ahli perniagaan atas alasan, beliau akan menyukarkan golongan ini untuk terus kaya dan berkuasa. Pelik betul orang-orang Peru ni. Memang benar kata orang, kalau dah kaya memang nak lagi kaya dan kalau boleh biar orang lain mati dan dia nak kaya sorang-sorang. Tapi, berdasarkan pengalaman aku yang ciput ni, memang begitu lah sikap, minda dan perangai orang-orang kaya Peru apatah lagi golongan yang kaya raya.

Pada sebelah petang hari Ahad, 5 Jun 2011, sekitar pukul 6 pm, keputusan awal dah mula dikeluarkan. Seperti yang dijangka, Ollanta Humala mendahului Keiko Fujimori tetapi hanya dengan majoriti yang sedikit lebih kurang 2-3 peratus (%) sahaja. Pelbagai ulasan, temuramah, gambaran di tempat mengundi di semua kawasan berkumpul kedua-dua penyokong telah disiarkan d semua saluran televisyen Peru. Yang peliknya, CNN, BBC, Fox News hanya sentuh sikit je pasal pilihanraya Peru ni. Macam tak berminat je saluran-saluran ni. Atau mungkin jugak sebab, Peru ni bukan negara Islam kot & apatah lagi takda minyak yang banyak serta sumber-sumber yang boleh mereka ni ambik. hehehehe

Sampai tengah malam, keputusan masih memihak kepada Ollanta Humala. Kawasan-kawasan seperti Puno, Arequipa, Iquitos, utara, Timur dan selatan Peru memang dikuasi sepenuhnya oleh Ollanta Humala dengan majoriti yang cukup besar sehingga 55.2 peratus (%) dan boleh ditakrifkan sebagai luar jangkaan. Pada pagi Isnin, 6 Jun 2011 dan hingga hari ini, akhirnya Ollanta Humala telah diisytiharkan sebagai presiden Peru yang baru. Sejak hari Ahad malam, sampai lah sekarang, tak habis-habis lagi penyokong meraikan kemenangan dan melaung-laungkan "Ollanta la Presidente, Ollanta la Presidente, Ollanta la Presidente..." begitu lah hebatnya pilihanraya presiden Peru 2011. Seperti dijangka, Hugo Chavez adalah orang pertama mengucapkan tahniah kepada Ollanta Humala. Diikuti oleh presiden Bolivia dan Ecuador yang juga sekutu rapat Hugo Chavez. Selepas itu, baru lah presiden Argentina dan Chile ucapkan tahniah.

Orang-orang tempatan kata, Ollanta Humala menang sebab dia berjaya memanipulasi golongan miskin dan pedalaman. Keiko Fujimori pulak kalah disebabkan oleh isu perkauman, media yang secara tiba-tiba memihak kepadanya sehingga menimbulkan sangsi, kenyataan presiden Alan Garcia serta bekas calon presiden yang tewas di pusingan pertama iaitu PPK dan Castenada yang memihak Keiko Fujimori dan seolah-olah menyerang Ollanta Humala. Tidak kurang jugak orang kata, kemenangan Ollanta Humala adalah disebabkan oleh nasihat dan kekuatan sokongan isterinya. Sehingga kini, masih terdengar suara-suara sumbang mengenai kemenangan Ollanta Humala ini dan kebanyakan orang golongan atasan menyatakan Ollanta Humala akan membawa kehancuran ekonomi dan ketidakstabilan pentadbiran di Peru. Komentar sebegini disiarkan secara terbuka di saluran televisyen. Kalau kat Malaysia buat begitu, alamatnya hehehehehe habis lah ko.

Peralihan kuasa akan dilakukan dalam masa terdekat ini dan pada 28 Julai 2011, Ollanta Humala akan ditabalkan sebagai Presiden Peru yang baru.

Wang dan Kuasa

Lama dah tak update blog. Lamak jugak otak ni buntu tak tau nak cakap pasai apa. Mungkin jugak terlalu fokus dengan benda-benda lain yang ada masanya mengganggu dan banyak jugak menyenangkan. Sementara mood kerja belum ada, nak tulis sikitlah. Mengarut pun mengarut lah...

Sejak 2 - 3 hari lepas asyik terfikir perkara ini. Sebelum ni selalu jugak fikir tapi takda lah heran sangat. Bak kata orang "hal kau, lantak ko punya pasal, hal aku ko jangan sibuklah" sebab tu lah tak heran pasai ni. Tapi, entahlah tiba-tiba ja 2 - 3 hari lepas terfikir pulak. Mungkin pengaruh media kot. Terlalu banyak tengok TV, dengar radio, baca surat khabar, majalah dan perhati karenah orang. Dah boring sangat, tak tau nak buat, itu lah kerjanya. Mungkin jugak, ini boleh jadi sebagai sedikit idea untuk update blog yang dah lama diusik ni.

Semua orang tau dan boleh perhatikan bahawa, sesiapa yang ada wang, banyak wang, akan menjadi berkuasa malahan lebih berkuasa. Ini lah realiti dunia masa kini. Boleh jugak dikatakan bahawa, sesiapa yang berkuasa, belum tentu ada banyak wang. Apa yang pasti, sesiapa saja yang terlalu banyak wang, akan menjadi lebih tinggi kuasanya. Tak kira kuasa dari segi aspek apa. Kuasa beli, kuasa politik, kuasa perniagaan, kuasa untuk mengawal orang, kuasa untuk menindas atau apa saja yang berkaitan dengan kuasa. Suka atau tidak, ini lah hakikat yang terpaksa kita terima kerana kita tidak ada wang sebanyak mana wang yang dimiliki oleh orang-orang yang terlalu banyak wangnya.

Kita juga ada kuasa jika menjadi ketua di sesebuah unit atau jabatan. Tetapi sejauh mana kehebatan kuasa kita itu selagi kita masih berada di bawah penguasaan orang-orang yang lebih besar kuasanya. Yang banyak berlaku ialah, ramai dikalangan kita yang ada sedikit kuasa ini lupa setakat mana tahap kekuasaan mereka. Sebab tu lah ramai yang jadi besar kepala, berlagak nak mampus, lupa diri, sombong dan bongkak, suka iri hati dan macam-macam lagi lah. Sebab apa jadi begitu, kerana ramai yang lupa bahawa kesempatan untuk menikmati kuasa yang ada hanyalah umpama secubit garam di lautan dan kesempatan itu bersifat sementara. Cuba tengok betul-betul, sesiapa sahaja yang diberikan kuasa di sesuatu tempat, unit atau jabatan malahan di kementerian (bagi sektor awam), akan hilang kuasa dan pengaruhnya bila sampai masanya. Bagi mereka yang lupa atau suka buat-buat lupa, akan cepat bangga diri dan sering mengamalkan salah guna kuasa dalam hidup mereka. Walhal, golongan-golongan ini tiada apa pun. Tidak keterlaluan boleh dikatakan bahawa, mereka-mereka umpama tong dram yang kuat bunyinya tetapi kosong di dalamnya. Cukup bangga dan ego dengan kuasa yang ada hingga lupa siapa diri mereka sebenarnya. Sebab tu lah mereka-mereka ini balun cukup-cukup sebelum tamat tarikh berkuasa.

Hakikat ini berbeza sedikit dengan manusia-manusia yang ada banyak wang dan dengan kekuatan wang yang ada, mereka menjadi lebih berkuasa sehinggakan lupa bahawa, hanya yang Maha Berkuasa di langit dan bumi adalah Allah SWT sahaja. Selagi ada wang selama itulah mereka ini akan berkuasa. Tetapi, adanya wang dan kuasa ini, juga anugerah Allah SWT kepada mereka. Terpulanglah bagaimana golongan ini menikmatinya dan menggunakannya. Cumanya, terlalu banyak yang dapat kita lihat bahawa, wang dan kuasa ini telah banyak disalahgunakan sehingga sanggup menghapuskan serta membunuh sesama insan. Yang paling menyedihkan, dengan wang mereka berkuasa dan dengan kuasa yang ada mereka tidak kisah dan tidak rasa apa-apa jika wang dan kuasa itu digunakan untuk memusnahkan orang lain termasuk semasa orang Islam.

Ini mungkin boleh dijadikan peringatan kepada diri kita yang tidak berdaya ini bahawa, sekiranya kita tiba-tiba dianugerahkan wang dan kuasa suatu hari nanti, gunakanlah ia sebaik-baiknya ke jalan Allah SWT...


Friday, April 8, 2011

Minggu Paling Pantas

Huhhhh... aku rasa minggu ni yang paling pantas. Rasa cepat betul. Macam baru semalam je aku pergi beli jaket kulit, baju anak-anak, barang mak anak-anak, cenderahati dan macam-macam lah. Kenapa minggu ni rasa cepat sangat. Esok dah hari Sabtu lagi. Lusa Ahad pulak. Alhamdulillah... itu lah hebatnya kuasa Allah SWT...

Mungkin jugak minggu ni agak sibuk. Biasalah awal bulan, banyaklah benda nak diselesaikan. Lepas tu, sibuk pulak dengan beberapa projek yang tengah dilaksanakan. Ditambah lagi beberapa projek baru dan ada lagi yang masih dalam perancangan. Tapi ini bukanlah macam projek kerajaan tu koridor atau projek mega yang besar-besar. Saja aku gelarkan sebagai projek untuk menggembirakan diri yang memang dah beberapa bulan tidak gembira dan susah nak bergumbira.

Sekurang-kurangnya, boleh jugak buangkan masa dengan memikirkan perkara-perkara yang baik untuk masa depan. Memang, nak capai sebuah kejayaan dan memulakan sesuatu yang baru tidak semudah yang disangka. Semua orang tahun perkara ni. Jadi, aku saja ciptakan projek-projek tu semua untuk menenangkan hati dan menyejukkan jiwa.


Wednesday, April 6, 2011

ASB Loan vs Monthly Saving

Dah lama sangat aku fikirkan benda ni. Banyak jugak aku dah baca kat blog atau internet forum tentang ASB loan ni. Ada yang kata bagus tak kurang jugak yang kata tak bagus. Bagus sebab bila ada timbul konsep force saving. Tak bagus sebab buat hutang untuk pelaburan yang mana untuk dapat keuntungan, kita perlu berhutang terlebih dahulu. Ada yang jugak yang kata kalau berhutang untuk dapat keuntungan kan bagus jugak. Kalau orang buat business pun, mesti berhutang jugak untuk sediakan modal banyak demi mendapatkan pulangan yang besar. Macam-macam pendapat dan bagi aku semua orang adalah betul sebab masing-masing ada hak untuk berfikir dan bertindak. Suka atau tidak terpulang kepada masing-masing berdasarkan kepada kehendak, kemampuan dan keyakinan.

Sejujurnya, aku pun minat jugak dengan ASB loan ni tapi masih berfikir dan berkira-kira. Sebab aku malas nak berhutang. Tetapi konsep berhutang untuk dapatkan pulangan tu nampak praktikal jugak. Adik aku, 2 orang dah buat ASB loan ni dan mereka kata bagus. Setelah lama berfikir, akhirnya aku sediakan pengiraan kasar perbandingan di antara ASB loan dan Monthly Saving. Secara ringkas, mungkin boleh diterjemahkan begini:

ASB Loan vs Monthly Saving

ASB Loan (RM100,000.00 dan Bayaran Balik Dalam Tempoh 15 tahun)

Kos Pelaburan                               =   RM774 sebulan (774 x 12 x 15 = RM139,320.00)
Anggaran Dividen Setahun            =   7%

Keputusan
Modal dan Dividen Terkumpul (15 tahun)         =   RM314,527.61
Tolak Kos Pelaburan                                          =   (RM139,320.00)
Keuntungan Bersih                                             =   RM175,207.61
Tambah Modal Pinjaman                                   =   RM100,000.00
Jumlah Pulangan Keseluruhan                        =   RM275,209.61  (Jumlah Tunai Dalam Bank)


Monthly Saving (RM774.00 Sebulan Dalam Tempoh 15 tahun)


Modal Pelaburan                    = RM774 sebulan (774 x 12 x 15 = RM139,320.00)
Anggaran Dividen Setahun     = 7%

Keputusan
Modal dan Dividen Terkumpul (15 tahun)          =   RM433,935.95
Tolak Modal Pelaburan                                       =  (RM139,320.00)
Keuntungan Bersih                                               =  RM294,615.95
Jumlah Pulangan Keseluruhan                         =  RM433,935.95 (Jumlah Tunai Dalam Bank)


Sebenarnya, aku nak masukkan pengiraan yang lebih terperinci tapi cukuplah kot aku jelaskan ringkas macam kat atas tu. Jadi, mana yang lebih untung. Kedua-duanya ada pro dan kontra. Tidak ada istilah salah atau betul. Kedua-duanya menjuruskan ke arah keuntungan. Cuma caranya sahaja berbeza. ASB Loan aku panggil kos pelaburan sebab kita buat pinjaman. Monthly Saving aku gelarkan modal pelaburan sebab kita tak berhutang kita laburkan wang simpanan kita sendiri. Kalau buat ASB Loan, selepas 15 tahun kita akan dapat tunai keseluruhan sebanyak RM275,207.61 manakala dengan Monthly Saving, kita akan dapat tunai keseluruhan berjumlah RM433,935.95 iaitu 57.71 peratus lebih tinggi daripada hasil ASB Loan. Banyak tu dan semua hasil tu kita yang punya.

Oleh itu, kita boleh pilih mana yang kita nak. Kalau buat ASB Loan akan dapat untung tapi ada kos. Jika Monthly Saving, kita hanya perlu sediakan modal pelaburan dan keseluruhan hasil terkumpul adalah milik kita sepenuhnya. Buatlah pilihan bijak dan yang terbaik. Kalau aku, lebih baik simpan sendiri sebab kita bebas dari hutang. Jika berlaku kecemasan, kita memang akan ada duit. Kalau buat pinjaman, kena tunggu sehingga setahun baru dapat hasilnya. Anggaran kasar, selepas 3 tahun baru habis bayar kadar interest atau dalam konsep syariah, dipanggil keuntungan bank. Kalau berlaku kecemasan dalam tempoh setahun tu, kita terpaksa keluarkan simpnanan yang lain.

Pendapat aku, lebih baik dan untung simpan sendiri. Tak mampu banyak, simpan sikit. Dalam masa yang sama, simpan jugak dalam Tabung Haji atau buat pelaburan Unit Trust. Kalau lebih mampu, buat jual beli saham. Bak kata pepatah...

"...sikit-sikit lama-lama jadi bukit..."

Memang tepat pepatah tu. Buatlah perancangan dan keputusan yang terbaik untuk diri kita demi kepentingan keluarga, agama dan bangsa. Insyaallah...


























Sunday, April 3, 2011

Kenapa Berat Sangat

"...Selalu berfikir positif dan pandang jauh kehadapan..."

"...Setiap apa yang berlaku mesti ada hikmah tersembunyi..."

Huhhh!!! kalau setakat sebut memang nampak senang. Tapi bagi orang yang merasa aargghh!!! baru tahu macam mana. Orang lain nampak macam biasa. Kebanyakan orang anggap macam raja lawak kot. Memanglah, kalau aku pun takkan tau apa orang lain itu rasa. Samalah dengan keadaan yang sedang berlaku. Bagi sesiapa yang pernah merasa dan sedang merasa macam apa yang aku rasa, memang payah nak diungkapkan dengan sekadar berkata-kata. Seksa bebbbb!!!!!

Alhamdulillah... hikmah yang tersembunyi sudah mula nampak tetapi disudut hati yang tersembunyi, aku nak lihat depan mata sendiri. Sering dibayangi rasa takut dan resah kerana terlalu bimbang apabila memikirkan sejauh mana aku boleh bersabar dan bertenang. Aku manusia biasa dan makin lama makin tidak boleh bertahan lagi. Nak sabar dan bertahanan sampai bila. Kalau orang lain, belum tentu mereka boleh bersabar dan bertahan selama ini. Aku rasa tahap kesabaran dah sampai ke penghujungnya. Bila-bila masa boleh meletus bara api dan boleh jadi tsunami 35 meter kalau tak boleh kawal diri. Kali ni, terlalu berat dan sungguh hebat dugaan serta cabaran yang dihadapi. Silap-silap boleh hilang pedoman kalau terleka dengan mainan amarah.

Argghhh!!!!!!!!!!!! kenapa berat sangat!!!!!!!!!!!!!!