My First Blog

Monday, December 6, 2010

Seminggu berlalu...

Seminggu sudah berlalu...

Apakah aku mampu menghadapi semua ini 2 -3 bulan lagi? Terlalu berat cabaran ini. Belum pernah aku mengalami ujian dan cabaran seberat ini. Sungguh pun peperiksaan 'SPM' amat berat untuk dihadapi tetapi dugaan kali ini lebih berat untuk diharungi. Tidak dapat diluahkan dengan kata-kata betapa beratnya beban ini yang perlu aku harungi bagi 1 bulan, 3 bulan, 3 bulan dan mungkin juga 1 tahun, 2 tahun atau 3 tahun.

Ohhhhh tidak... ya Allah SWT... kuatkan lah diri ku untuk menghadapi semua ini.

Beban menjadi lebih berat dan seakan tidak mampu ditanggung bila melihat wajah isteri dan anak-anak. Terasa dekat bila melihat melalui "YM" tetapi hakikatnya mereka terlalu jauh dan memang jauh sekali. Meski pun aku boleh bergurau, gelak ketawa, menitiskan airmata dan melontarkan kata-kata semangat kepada isteri serta anak-anak, tetapi rasa sayu di hati akan lebih kuat. Seolah-olah tidak sanggup untuk menatap wajah mereka yang aku tinggalkan demi tugas untuk negara dan yang paling penting, aku sanggup tinggalkan mereka demi masa depan anak-anak... demi masa depan anak-anak aku dan isteri sanggup berkorban apa saja. Itu lah sahaja kata-kata azimat yang paling ampuh untuk meredakan sedikit rasa sedih, rindu dan sayang pada isteri dan anak-anak. Jika ada orang bertanya aku pasti akan jawab: "... aku takkan buat kerja gila ni kalau tidak kerana anak-anak. Aku juga tidak akan sesekali buat kerja bodoh ni jika pihak pengurusan sekolah di Lima, Peru tiada buat perkara bodoh yang tidak boleh diterima oleh akal manusia biasa..."

Dalam ketenangan yang mula memutik, masih terselit rasa sayu, rindu dan sayang yang bukan sedikit pada isteri serta anak-anak. Seringkali terbangkit rasa kecewa. Adakalanya terluah juga rasa penyesalan. Namun, aku cuba gagahi juga dengan memutarkan segala perasaan tersebut kepada rasa syukur dan redha dengan ketentuan Allah SWT. Aku cuba latih diri ini untuk berfikir positif dan lebih rasional. Aku cuba belajar untuk tidak menyalahkan orang lain serta anggap ini sebagai rezeki. Aku perlu fikirkan bahawa, rezeki itu ada di mana-mana dan ini adalah ujian serta dugaan Allah SWT. Aku tidak pernah tahu apa yang Allah SWT akan bagi. Aku juga tidak mungkin tahu apa yang bakal berlaku di kemudian hari.

Untuk kurangkan segala perasaan negatif, aku harus banyak berdoa memohon ketenangan, keredhaan, keampunan, dimurahkan rezeki, dilimpahi keberkatan dan ditingkatkan ketakwaan oleh Allah SWT. Aku harus selalu yakin bahawa segala-gala yang berlaku dan apa yang di seluruh muka bumi ini adalah dari Allah SWT. Aku perlu tunjukkan keyakinan yang tinggi dan terbaik supaya isteri aku juga dapat mendidik dirinya untuk menjadi yang terbaik. Aku harus tabah dan memujuk isteriku agar turut tabah menghadapi semua ini. Aku perlu pupuk diriku dan isteriku untuk terus berfikiran positif.

Kerana... aku dan isteriku telah berjanji dengan satu hati bahawa, semua yang kami lakukan ini adalah untuk kebaikan masa depan anak-anak...

Tuesday, November 30, 2010

Dugaan atau Ujian

PENAT!!!...MENGANTUK!!!...LENGUH!!!...

Rasa nak tercabut tulang-tulang setelah mengharungi perjalanan yang terlalu jauh. Beberapa jam lagi nak terbang pulak selama lebih kurang 13 jam untuk sampai ke destinasi yang dituju. Semalam, Isnin 29 November 2010, jam 5.40 pm berangkat dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching dan tiba di KLIA jam 7.20 pm. Lepas ambik beg, terus check in di kaunter J untuk penerbangan ke Lima, Peru melalui Amterdam, Netherland. Seperti biasa, beg akan check in terus ke Lima, Peru supaya senang masa transit di Schipol Airport, Amterdam. Tepat jam 11.45 pm, berlepas dari KLIA ke Amsterdam dan tiba jam 5.40 am (30/11/10, waktu Netherland). Perut memulas dan terus ke business lounge dan apa lagi, masuk bilik termenunglah...

Selesai urusan di "wash room", ambik segelas jus oren segar, teh panas dan biskut. Cuaca yang terlalu sejuk. Jelas kelihatan salji yang meliputi lapangan terbang, kapal terbang dan bangunan. Putih salju sejuk mata memandang dan keadaan dah makin sejuk sampai tak tahan rasa. Besar sungguh kekuasaan Allah SWT. Memang benar, Allah SWT Maha Berkuasa...

Hati masih sedih, sayu, pilu dan macam-macam rasa bila memandang wajah anak-anak dan isteri yang menangis seolah-olah terlalu berat untuk melepaskan aku pergi kembali ke tempat bertugas yang beribu-ribu batu jauhnya. Kesedihan itu menyebabkan aku tidak mampu langsung untuk mengeluarkan kata-kata. hanya mampu aku lakukan ialah memeluk dan mencium setiap orang yang aku sayang apatah lagi kedua orang tua aku. Boleh dikatakan bahawa, ini lah kali pertama yang aku rasa aku cukup tewas dalam situasi sebegini. Biasanya aku cukup kuat meski pun bergoyang di hati tetapi semalam, aku tewas walaupun aku tidak mahu menunjukkan ketewasan itu di hadapan orang lain terutamanya anak-anak. Aku tidak mahu anak-anak merasakan ayah mereka tidak kuat. Aku mahu anak-anak sampai bila-bila pun sering merasakan bahawa ayah mereka seorang yang kuat, tabah, berkeyakinan tinggi, berpegang pada kata-kata, ada prinsip dan mementingkan masa depan agama, bangsa dan pendidikan demi kebaikan anak-anak dan keluarga. Disebabkan terlalu sedih dan lemah, aku tidak mampu berkata-kata meskipun sepatah kata.

Dalam kesedihan yang menyelibungi, terselit juga sedikit rasa kecewa. Mungkin rasa kecewa dengan keadaan yang berlaku yang ada kaitan dengan urusan majikan. Tetapi rasa kecewa itu aku cuba ubah kepada suasana positif dan aku terpaksa menerima keadaan ini sebagai cabaran demi keihklasan dalam bekerja dan kebaikan masa depan anak-anak. Aku perlu menerima kenyataan ini dan belajar supaya tidak menyalahkan mana-mana pihak. Aku perlu anggap ini adalah ketentuan Allah SWT.... meskipun terlalu berat tapi aku mesti bersedia menghadapinya walau apa jua keadaan... rasa kecewa itu timbul disebabkan kelemahan serta sifat semula jadi aku sebagai manusia. Rasa redha dengan ketentuan Allah SWT adalah sifat yang aku pelajari dan pupuk untuk menyatakan syukur dan yakin dengan Kekuasaan Allah SWT...

Jauh di sudut hati kecil aku, apakah ini dugaan atau ujian...

Monday, August 30, 2010

Dugaan Lagi...

Alhamdulillah... dugaan demi dugaan datang menimpa. Aku redha dan amat percaya bahawa dugaan ini adalah kurniaan Allah SWT. Aku yakin bahawa dugaan ini pasti ada hikmah di sebaliknya. Aku panjatkan rasa syukur atas dugaan ini kerana sedar bahawa dugaan akan datang dengan pahala serta keberkatan sekiranya aku tabah dan redha dengan ketentuan-Nya... Insyaallah

Hari Khamis, 26 Ogos 2010 adalah tarikh yang benar-benar mencabar dan menduga kekuatan iman. Doktor telah mengesahkan bahawa kandungan yang dijaga rapi oleh isteri ku tercinta selama lebih kurang 3 bulan telah gugur. Sebagai manusia biasa yang lemah, aku berasa amat kecewa. Kerana, harapan cukup besar untuk menimang cahaya mata keempat yang sebelum ini dijangka bakal anak lelaki. Andaikata semuanya selamat, aku akan mendapat permata hati 2 orang putera dan 2 orang puteri. Bahkan nama pun sudah dipilih sejak awal iaitu "Zhafri Mubashir" sempena nama anak sulung aku "Zharfan Mubashir".

Tetapi, Allah SWT lebih Maha Mengetahui dan Maha Berkuasa di atas segala-galanya. Aku dan isteri redha dengan takdir ini. Lebih-lebih ianya berlaku di bulan yang mulia bulan Ramadhan Al-Mubaraq. Aku amat yakin akan ada hikmah di sebalik semua ini. Sememangnya Ramadhan kali ini penuh dengan dugaan dan cabaran. Apakah yang ada di sebalik semua ini. Aku sebagai insan biasa yang lemah tidak mampu meramalkan apa yang ada di di sebalik dugaan yang berat ini. Apa yang aku yakin ialah, Allah SWT Maha Penyayang dan Maha Mengasihani...

Monday, August 23, 2010

Tak Sanggup Memperjudikan Masa Depan Anak-Anak

Ramadhan kali ini benar-benar mencabar. Bahkan sebelum Ramadhan lagi aku sudah mula merasai bahang cabaran dan dugaan yang bakal dihadapi. Benar kata orang-orang pandai, dugaan dan cubaan ini bermakna Allah SWT itu sayang pada kita. Insyaallah...

Pelbagai dugaan yang tidak sedikit hebatnya telah dirempuh. Sebagai manusia biasa, aku hampir-hampir mengalah. Tetapi... Allah SWT itu Maha Pengasih dan Penyayang serta Maha Berkuasa di atas segala-galanya. Pesanan penuh hikmat Nabi Muhammad SAW dipegang sekuat-kuatnya. Alhamdulillah... dengan mendekatkan diri kepada Al-Quran dan Sunnah, hati kembali tenang meskipun masih ada sisa-sisa ketidaktentuan. Bila tiba Ramadhan Al-Mubaraq yang penuh keberkatan, ketenangan diri semakin memuncak. Alhamdulillah... syukur kehadrat Ilahi...

Namun, sebagai manusia biasa, hamba yang hina, aku cukup tertekan bila diuji sekali lagi. Bermula dari kemalangan, ditambah pula dengan masalah sekolah anak, aku tiba-tiba menjadi lemah dan layu. Hampir-hampir aku lupa diri lantaran terlalu keliru. Mungkin dugaan seperti ini agak ringan bagi orang lain. Bagi aku dan isteri, dugaan ini cukup berat. Tambahan pula aku sudah cukup muak dan kecewa dengan sikap serta tingkah laku masyarakat Peru. Semakin hari kehidupan di sini semakin sukar dan aku menjadi semakin tertekan dengan suasana hidup di sini. Perbezaan waran kulit dijadikan ukuran. Status dan kekayaan menjadi pegangan. Pilih kasih atau double standard (kata orang putih) menjadi mainan. Itu lah punca segala-galanya masalah sekolah anak aku. Kalau nak dihuraikan masalahnya cukup panjang dan tidak guna diperbesarkan. Kerana, akan menambah kekecewaan dan kelukaan. Cukup aku katakan... masa depan pendidikan anak-anak tidak akan aku perjudikan.

Apa yang ada dalam minda mereka-mereka ini. Walhal negara ini tidak sehebat mana. Memang tiada keistimewaan apa pun. Bak kata orang, berlagak saja lebih tapi negara masih jugak mundur. Tak payah nak dibandingkan dengan Malaysia, sesama jiran negara latin pun Peru tiada apa-apa. Entah apa yang mereka nak bangga. Malaysia 100% jauh lebih maju dan canggih serta moden. Jangan lah nak disamakan mereka dengan negara kita. Sering aku luahkan kepada rakan-rakan, di sini semua nya boleh dikatakan tiada masalah. Cuma satu masalah besar iaitu sekolah. Aku tidak mahu memperjudikan masa depan pendidikan dan didikan agama anak-anak.

Keputusan yang cukup berat bakal diambil. Berjauhan dengan keluarga. Tetapi demi masa depan pendidikan dan didikan agama anak-anak. Insyaallah...dengan keyakinan yang ada serta niat murni yang terpatri, Allah SWT akan memberkati dan mempermudahkan segala urusan.

Amin....

Thursday, August 5, 2010

Pening!!!

Pening betul kepala ni. Dah dekat 2 bulan ni tidur tak lena, hati tak tenteram, jiwa tak tenang dan macam-macam. Perkara utama yang difikirkan ialah masa depan anak-anak. Ayah dan ibu mana yang tak pening serta risau memikirkan masa depan anak-anak. Lebih-lebih lagi anak-anak aku belajar di sekolah di luar negara. Kalau di Amerika, UK atau negara-negara lain mungkin kurang sedikit perasaan gundah gulana ini.

Tapi... anak aku bersekolah di Peru di tempat aku bertugas sekarang. Disebabkan oleh sikap dan sifat orang-orang di sini sejak akhir-akhir ini aku dan isteri semakin menjadi risau. Mereka tidak menghormati perkara-perkara sensitive seperti kepercayaan, agama, budaya dan kehendak peribadi orang lain terutamanya kita dari negara asia ini. Tidak kesemua mereka tetapi disebabkan oleh segelintir masyarakat mereka aku mula gusar dan bimbang akan masa depan anak-anak. Apatah lagi bila melihat komuniti Islam di sini yang agak kurang menekankan pendidikan agama, hal makan minum, didikan Al-Quran dan sebagainya. Makin bertambah lah beban kebimbangan di jiwa. Kalau kedai orang muslim pun ada jual babi, ayam, kambing dan daging tidak halal macam mana tu. Apa yang aku boleh kata. Pening!!!!!!!!!!!!! 

Aku ada masa 2-3 bulan lagi untuk membuat satu keputusan yang terlalu berat tetapi demi kebaikan dan masa depan anak-anak. Biarlah apa orang akan kata, itu kata-kata mereka. Apa yang lebih penting, aku ingin masa depan anak-anak terbina dan terbela. Bagi aku, masa depan anak-anak bukan sekadar membekalkan dan menabung wang ringgit semata-mata. Perlu difikirkan sedalam-dalamnya ialah pendidikan agama dan didikan Al-Quran serta Sunnah yang kekal abadi. Bukan lah bermakna aku menidakkan perlu wang ringgit dalam dunia yang semakin mencabar ini. Wang ringgit memang wajib tetapi memberikan pendidikan akhirat itu juga lebih daripada wajib.

Cuma aku masih berkira-kira... mampu kah aku dan isteri untuk menghadapi situasi itu nanti. Terlalu banyak perkara yang perlu dipertimbangkan. Keputusan mesti lah yang terbaik dan bakal diharungi bersama dengan kekentalan jiwa. Keputusan juga tidak dapat lari daripada pengorbanan wang ringgit yang sememangnya penting dalam menentukan nasib dan masa depan keluarga selepas ini. Kita juga tidak akan pernah tahu apa yang bakal berlaku. Pengorbanan masa, tenaga, kepercayaan, jarak, hubungan kawan-kawan dan masa perlu dipertimbang sehalus halusnya. Jika tidak di kaji dan dikira sebaik-baiknya, sudah pasti masalah besar boleh menimpa. Cuma aku sekeluarga amat berharap dan berdoa semoga diberikan perlindungan oleh Allah SWT dan mampu membuat satu keputusan yang terbaik demi masa depan anak-anak, keluarga dan semua pihak...

Berat, pening, gusar, risau, tak tenang dan sebagainya bermain-main di minda dan jiwa...

Wednesday, June 2, 2010

Kejam!!!

Tindakan tentera Israel menghalang kapal bantuan ke Palestin adalah amat kejam. Semua orang mengutuk kekejaman ini. Tetapi, adakah cukup sekadar membenci? Apa kata negara-negara kuasa besar dan pihak UN dan PBB sendiri? Negara-negara Islam yang lain, apa kata mereka dan apakah tindakan mereka?

Kita sebagai rakyat biasa, hanya mampu membenci. Kita tiada kuasa dan kemampuan untuk mendesak badan-badan besar dunia untuk menghalang kekejaman Israel. Jika boleh, kita mau Israel dihukum sebagaimana hukuman yang dikenakan ke atas dunia Islam yang lain sebagai contoh Iran dan Iraq. Sedih, geram, benci...bercampur gaur dalam diri.

Apa yang hanya mampu kita lakukan ialah, sentiasa mendoakan keselamatan ke atas setiap anggota sukarela yang ditawan oleh Israel Zionis. Hari-hari...doakanlah keselamatan dan kesejahteraan ke atas saudara muslim kita di Palestin, Iraq, Iran dan di mana sahaja.

Insyaallah... Amin...

Thursday, May 27, 2010

Macam2...

Makin hari makin pelik2 benda yang berlaku. tiap2 hari, ada je macam2 yang terjadi. apa nak jadi dah dengan manusia hari ini. sesama manusia saling benci membenci. sesama insan sering caci mencaci. sesama bangsa selalu perkatakan tentang kasta dan keturunan. sampai bila lah benda2 ni semua tidak berlaku lagi...

Ambik contoh tentang dunia politik tanah air masa kini. sejak pilihanraya Mac 2008 sehingga kini, macam2 isu serta masalah yang timbul dalam mana2 parti politik sama ada sentimen secara individu atau kepartian. setiap pihak yang terlibat sering menuding jari antara satu sama lain. keadaan semakin hari semakin parah dan hampir2 menjadi nanah. setiap parti politik sama ada parti kerajaan yang memerintah atau parti pembangkang pasti ada macam2 masalah yang ada. sebagai rakyat Malaysia, kita sayangkan dan cintakan keamanan negara kita. tidak kira apa jua pegangan atau fahaman politik. kita tetap rakyat Malaysia. biar apa yang berlaku atau bakal berlaku, kita haruslah penting atau utamakan kecintaan kepada agama, bangsa dan negara...

Isu dalam masyarakat sekarang, masing2 lebih pentingkan diri sendiri dan makin ramai yang ambik sikap tidak endah antara satu sama lain. andai kata ada antara kita yang cuba memberi teguran demi kebaikan bersama akan dianggap cuba menunjukkan pandai. jika ada yang cuba menyampaikan atau mengajak ke arah kebaikan, akan dibalas dengan kata2 "...apa ko peduli, kubur kita lain2..." aduh, macam mana tu...

Terlalu banyak perkara pelik2 dah berlaku dan dijangka akan berlaku termasuklah perubahan cuaca dunia dan juga strukur bumi. Apakah petandanya? Adakah bumi sudah terlalu tua? Mungkin ini juga petanda kiamat hampir tiba...

Wallahualam,

Friday, May 21, 2010

Sekadar berkongsi artikel & pengalaman

> Salam Ana,
> Setelah saya bayar RM50 & aktifkan keahlian, apa lagi yang patut saya buat
> untuk dapat duit seperti yang dijanjikan ?  Saya tidak sanggup untuk
> menaja, tidak sanggup untuk promosi kepada orang lain .... Dengan keadaan
> ini masih boleh kah saya dapat pulangan seperti yang mereka yang telah
> berjaya itu ?

> Sila jelaskan kepada saya ....

> Terima kasih & salam.

> Nama dirahsiakan,
>
> Tawau, Sabah.

Jawapan Ana:

Salam cik ________,

Melalui pembelian ebook yang boleh anda download, kami telah ceritakan setiap langkah demi langkah mudah untuk menjalankan perniagaan internet ini. Bukankah sunnah Rasulullah adalah supaya umatnya membaca?

Bayangkan dengan hanya bermodal RM50, anda dah pun memiliki sebuah perniagaan yg potensinya bukan sahaja di Tawau, malah satu Malaysia boleh tengok 'kedai online' anda.

Tahukah anda, untuk buka satu gerai jual nasi lemak pun, modal anda boleh mencecah RM2000-RM3000? Sewa tapak, beli stok, beli kertas bungkus. Adakah perniagaan jual nasi lemak boleh jamin untung RM2000-RM3000 kembali ke esokkannya??? Pasti jawapan anda tidak kan!?

Tahukah anda, modal anda kali ini utk satu perniagaan internet cuma RM50 sekali seumur hidup? Tahukah anda, dengan hanya dapat sekurangnya 2 pelanggan, kami bayar anda RM80, maksudnya anda dah balik modal + untung bersih RM30! nak cari 2 pelanggan SEUMUR HIDUP pun anda tak sanggup cuba?

Tepuk dada & tanya selera ok :)

Terima kasih untuk email anda

~Ana
Pengurus Bank Rakyat Network
http://www.bankrakyat.net/

Friday, May 14, 2010

Hormat-Menghormati...

Sahabat2ku sekalian...

Perkara hormat-menghormati ini merupakan cerita biasa dalam hidup kita. Semua orang tahu bahawa, kita perlu menghormati orang lain. Tak kira siapa, perasaan hormat mesti ada dalam diri. Barulah hidup aman dan bahagia serta hati nurani kita sering tenang kerana tiada sengketa. Ada satu cerita yang aku nak kongsikan bersama-sama dan mungkin perkara ini banyak berlaku di mana serta hampir persamaannya...

Kebanyakan orang sering menuntut orang-orang di sekelilingya untuk hormat kepada dirinya. Kebanyakan orang lebih suka meminta orang lain untuk menghormati dirinya. Kebanyakan orang akan marah jika orang lain tidak menghormati dirinya.

Tetapi... tidak ramai orang yang menyedari bahawa, dirinya perlu menghormati orang lain jika inginkan penghormatan dari orang lain. Tidak ramai yang sedar bahawa, orang lain akan menghormati diri kita jika memang dikenali sebagai orang yang cukup menghormati orang lain. Tidak ramai juga yang sedar bahawa, jika kebijaksanaan digunakan sepenuhnya untuk meletakkan diri kita di tempat yang betul, maka orang di sekitar kita secara dasarnya akan memberikan penghormatan tertinggi kepada kita...

Masalah yang sering terjadi ialah...kebanyakan orang lebih gemar mencari kesalahan dan kesilapan orang lain dan adakalanya melampaui batas-batas penghormatan pada orang lain. Ramai manusia mahu orang lain menghormati dirinya tapi lebih ramai manusia yang sanggup menghormati orang lain. Orang lain sering dianggap bodoh, hina, rendah darjatnya, tidak setaraf jawatannya dan seumpamanya sampaikan mereka-mereka tidak sedar bahawa, kebodohan dan kehinaan itu lebih terserlah dari diri mereka sendiri... Ini lah yang sering berlaku. Jadi... bagaimanakah perasaan hormat-menghormati ini akan terbina kukuh jika diri manusia lebih bertuhankan perasaang bongkak, sombong, bangga diri, pentingkan diri sendiri, kedekut dan sebagainya...

Makanya... insafilah semula dan kaji balik diri kita... dimanakah beradanya diri kita...

Wassalam...

Wednesday, May 12, 2010

Kadang-Kadang Kita Terlupa...

Sahabat2 ku sekalian...

Kadang-kadang kita sering terlupa;

-   Jasa bonda yang jerit perih mengandungkan kita dan bertarung nyawa melahirkan kita.
-   Pengorbanan ayahanda yang sanggup bekerja keras siang untuk menyara hidup kita.
-   Kerja keras dan jerih payah kedua-dua bonda dan ayahanda kita membesarkan kita.


Kita juga selalu lupa dan mudah lupa;

-   Harapan kedua-dua orang tua untuk melihat kita menjadi anak yang soleh & solehah.
-   Impian bonda dan ayahanda untuk melihat diri kita menjadi anak yang berjaya dan berguna.
-   Rasa bangga bonda dan ayahanda apabila kita tidak melupakan mereka dan berbakti kepada mereka.


Oleh itu, jangan lah membiarkan kita menjadi;

-   Anak durhaka kerana terlalu besar dosanya.
-   Anak yang lupakan jasa dan pengorbanan bonda dan ayahanda.
-   Anak yang sanggup membiarkan bonda dan ayahanda terlantar di kediaman mewah rumah orang tua.


Maka;

-   Ingatlah akan pengorbanan bonda dan ayahanda yang tiada tandingannya itu.
-   Abadikanlah rasa kasih sayang yang tidak berbelah bagi kepada bonda dan ayahanda.
-   Sematkanlah rasa cinta agung dan pengorbanan hingga ke akhir hayat pada bonda dan ayahanda.


BONDA DAN AYAHANDA... ENGKAU LAH NYAWAKU, RATUKU, KASIH ABADIKU...

SELAMAT HARI IBU...

Tuesday, May 11, 2010

Percaya dan yakinlah...Rezeki Itu Ada Di Mana-Mana...

Sahabat2 ku sekalian...

Semua orang percaya dan yakin akan rezeki yang diberikan oleh Allah SWT kepada setiap hamba-Nya. Tetapi...ramai jugak yang tidak yakin bahawa rezeki itu perlu dicari di samping berdoa untuk dimurahkan rezeki dan dilimpahkan juga keberkatan ke atas rezeki itu. Dengan ini... baru lah rezeki yang kita cari atau rezeki yang kita perolehi dapat dinikmati dengan penuh rasa rendah diri serta keinsafan yang tinggi dalam jiwa nurani kita.

Setiap insan di muka bumi ini disarankan untuk mencari rezeki di serata dunia. Asalkan halal... apa salah nya dan itu lah galakan agama kita. Carik lah rezeki yang ada di mana-mana. Tiada halangan untuk kita asalkan ia nya halal dan berada di jalan yang lurus.

Insyaallah... rezeki tetap ada. Hanya diri kita lah yang menentukan apa yang terbaik untuk diri kita...

Wassalam,

Thursday, May 6, 2010

Kata-Kata Orang-Orang Yang Berjaya

Antara kata-kata yang boleh kita kongsikan dan fikirkan bersama-sama;

"Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk menyambut kesempatan yang menjelma"


"Anda tidak boleh mencipta pengalaman. Anda mesti menghadapinya.~ Albert Camus"



"Manusia biasanya lebih menghargai sesuatu yang sukar diperoleh tetapi sering melupakan nikmat yang telah tersedia."


"Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang. – Cecil B. DeMille"



"Perbezaan antara orang yang berjaya dengan orang yang gagal terletak pada rohaninya. apa yang dapat difikirkan menentukan apa yang akan dicapai."


Insyaallah... semoga boleh dijadikan panduan yang baik demi kebaikan masa depan kita bersama-sama untuk hidup didunia apatah lagi kehidupan abadi di akhirat kelak...

Wednesday, May 5, 2010

Hikmah Tersembunyi...

Sahabat2 ku...

Aku nak kongsi kata-kata daripada salah seorang teman karib aku...

Seperti kebanyakan orang kata, setiap apa yang berlaku sudah pasti ada hikmahnya. Terpulanglah bagaimana kita melihat sesuatu perkara yang berlaku dalam hidup kita. Baik melibatkan pekerjaan, kehidupan, persahabatan, kasih kekasih, kekeluargaan, anak-anak dan seumpamanya.

Semua orang akan setuju bahawa, setiap yang berlegar dalam perjalanan hidup kita mesti ada hikmahnya. Sama ada hikmah tersembunyi atau pun yang dapat kita sedari. Terpulanglah pada diri kita menerima dan menilainya. Bak kata pepatah Melayu yang berbunyi "Tepuk Dada Tanya Selera..."

Wallahualam...

Thursday, April 29, 2010

Satu Lagi Cara dan Rahsia Nak Dapatkan Wang Sampingan

Sahabat2 ku sekalian...

Aku menerima satu lagi peluang untuk mendapatkan wang sampingan dan juga boleh dikatakan pendapatan harian untuk isteri dan anak2. Demi pertalian persahabatan dan silaturrahim yang telah terjalin erat, aku ingin berkongsi bersama-sama dengan sahabat2 semua untuk mengetahui apakah cara yang terbaik dan mudahkan untuk mendapatkan sumber pendapatan tanpa perlu menjual membuat direct selling, jual nasik lemak, jual kuih, buat tampung seribu dsbgnya. Cara ini adalah lebih mudah dan hanya menggunakan 100% internet. Sesiapa pun boleh menjalankan perniagaan ini dengan modal permulaan yang cukup rendah dan mampu dikeluarkan oleh sesiapa sahaja mahu pun penganggur. Oleh itu, kunjungilah lawan web di bawah dan baca betul2, fahami sedalam-dalamnya dan jika betul2 berminat serta yakin, sahabat2 adalah dijemput menyertai perniagaan ini.

http://bankrakyat.net/index.php?ref=mamaayah


Sebarang pertanyaan, sila hantarkan ke email seperti berikut:

mumanddad@gmail.com / kokotat0407@yahoo.com


Sertai lah saya demi masa depan keluarga kita bersama...

Wassalam,

Berkongsi Cerita Bagaimana Kita Boleh Mengubah Hidup Kita

Sahabat2 ku sekalian...

aku ada terima maklumat mengenai suatu rahsia bagaimana kita boleh mengubah kehidupan kita. Bukan apa... tak salah kalau ada cara yang betul dan boleh mengubah kehidupan kita. Bagi kawan2 yang sedang posting, mungkin cara ini boleh membantu isteri-isteri atau suami-suami kita memperolehi pendapatan sampingan atau juga boleh dianggap sebagai pendapatan tambahan. Tak salah kalau mencuba.

Dengan ini, aku sertakan iklan seperti di bawah;



DAPAT WANG DENGAN FACEBOOK~

FACEBOOK EASY MONEY – LOG IN FACEBOOK DAPAT RM100. TAK PAYAH MENJUAL PRODUK ATAU SMS. TAK PAYAH CLICK IKLAN BAGAI NAK GILA. TAK PAYAH NAK BUAT WEBSITE HANYA MEMPERKENALKAN SYSTEM KAMI SO LET’S JOIN ME >>>> JUZ PM ME or FB EMAIL  mumanddad80@gmail.com / kokotat0407@yahoo.com


By: rosfan ramlee

Photos:16


Saya dah cuba... sahabat2 pulak bila nak cuba

Sunday, April 25, 2010

Blog Terbaru

Sahabat-sahabat dan kawan-kawan semua...

Ini merupakan blog terbaru. Blog sebelum ini http://www.zharfainfaiqah.blogspot.com/ masih juga digunakan secara aktif dan lebih kepada cerita-cerita kehidupan semasa. Blog tersebut juga ada dimuatkan di dalam blog ini dan sahabat2 semua boleh membaca apa-apa cerita yang dimuatkan di dalamnya seperti biasa.

Blog terbaru ini merupakan kesinambungan daripada blog terdahulu dan dibina khas bagi mengetengahkan maklumat yang lebih kepada perniagaan, keusahawanan dan pengiklanan produk. Sesiapa sahaja boleh mengunjungi blog terbaru ini dan boleh mengiklankan apa saja yang mereka mahu.

Lebih penting ingin dikatakan bahawa, blog terbaru ini juga dibina khas untuk isteri serta anak-anak tersayang dan alamat blog dicipta khas seperti berikut: http://mama-abg-adik-baby.blogspot.com/ yang menggambarkan kesemua insan ini adalah cukup penting dan bermakna dalam hidup aku.

Dengan ini... kesemua sahabat handai, kawan-kawan lama dan sesiapa sahaja adalah dijemput untuk mengunjungi blog terbaru ini. Dalam masa yang sama, anda semua juga masih boleh mengunjungi ke laman blog terdahulu. Kedua-dua blog ini akan sentiasa dikemaskini dari semasa ke sama.

Insyaallah...