My First Blog

Monday, December 6, 2010

Seminggu berlalu...

Seminggu sudah berlalu...

Apakah aku mampu menghadapi semua ini 2 -3 bulan lagi? Terlalu berat cabaran ini. Belum pernah aku mengalami ujian dan cabaran seberat ini. Sungguh pun peperiksaan 'SPM' amat berat untuk dihadapi tetapi dugaan kali ini lebih berat untuk diharungi. Tidak dapat diluahkan dengan kata-kata betapa beratnya beban ini yang perlu aku harungi bagi 1 bulan, 3 bulan, 3 bulan dan mungkin juga 1 tahun, 2 tahun atau 3 tahun.

Ohhhhh tidak... ya Allah SWT... kuatkan lah diri ku untuk menghadapi semua ini.

Beban menjadi lebih berat dan seakan tidak mampu ditanggung bila melihat wajah isteri dan anak-anak. Terasa dekat bila melihat melalui "YM" tetapi hakikatnya mereka terlalu jauh dan memang jauh sekali. Meski pun aku boleh bergurau, gelak ketawa, menitiskan airmata dan melontarkan kata-kata semangat kepada isteri serta anak-anak, tetapi rasa sayu di hati akan lebih kuat. Seolah-olah tidak sanggup untuk menatap wajah mereka yang aku tinggalkan demi tugas untuk negara dan yang paling penting, aku sanggup tinggalkan mereka demi masa depan anak-anak... demi masa depan anak-anak aku dan isteri sanggup berkorban apa saja. Itu lah sahaja kata-kata azimat yang paling ampuh untuk meredakan sedikit rasa sedih, rindu dan sayang pada isteri dan anak-anak. Jika ada orang bertanya aku pasti akan jawab: "... aku takkan buat kerja gila ni kalau tidak kerana anak-anak. Aku juga tidak akan sesekali buat kerja bodoh ni jika pihak pengurusan sekolah di Lima, Peru tiada buat perkara bodoh yang tidak boleh diterima oleh akal manusia biasa..."

Dalam ketenangan yang mula memutik, masih terselit rasa sayu, rindu dan sayang yang bukan sedikit pada isteri serta anak-anak. Seringkali terbangkit rasa kecewa. Adakalanya terluah juga rasa penyesalan. Namun, aku cuba gagahi juga dengan memutarkan segala perasaan tersebut kepada rasa syukur dan redha dengan ketentuan Allah SWT. Aku cuba latih diri ini untuk berfikir positif dan lebih rasional. Aku cuba belajar untuk tidak menyalahkan orang lain serta anggap ini sebagai rezeki. Aku perlu fikirkan bahawa, rezeki itu ada di mana-mana dan ini adalah ujian serta dugaan Allah SWT. Aku tidak pernah tahu apa yang Allah SWT akan bagi. Aku juga tidak mungkin tahu apa yang bakal berlaku di kemudian hari.

Untuk kurangkan segala perasaan negatif, aku harus banyak berdoa memohon ketenangan, keredhaan, keampunan, dimurahkan rezeki, dilimpahi keberkatan dan ditingkatkan ketakwaan oleh Allah SWT. Aku harus selalu yakin bahawa segala-gala yang berlaku dan apa yang di seluruh muka bumi ini adalah dari Allah SWT. Aku perlu tunjukkan keyakinan yang tinggi dan terbaik supaya isteri aku juga dapat mendidik dirinya untuk menjadi yang terbaik. Aku harus tabah dan memujuk isteriku agar turut tabah menghadapi semua ini. Aku perlu pupuk diriku dan isteriku untuk terus berfikiran positif.

Kerana... aku dan isteriku telah berjanji dengan satu hati bahawa, semua yang kami lakukan ini adalah untuk kebaikan masa depan anak-anak...