My First Blog

Tuesday, November 30, 2010

Dugaan atau Ujian

PENAT!!!...MENGANTUK!!!...LENGUH!!!...

Rasa nak tercabut tulang-tulang setelah mengharungi perjalanan yang terlalu jauh. Beberapa jam lagi nak terbang pulak selama lebih kurang 13 jam untuk sampai ke destinasi yang dituju. Semalam, Isnin 29 November 2010, jam 5.40 pm berangkat dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching dan tiba di KLIA jam 7.20 pm. Lepas ambik beg, terus check in di kaunter J untuk penerbangan ke Lima, Peru melalui Amterdam, Netherland. Seperti biasa, beg akan check in terus ke Lima, Peru supaya senang masa transit di Schipol Airport, Amterdam. Tepat jam 11.45 pm, berlepas dari KLIA ke Amsterdam dan tiba jam 5.40 am (30/11/10, waktu Netherland). Perut memulas dan terus ke business lounge dan apa lagi, masuk bilik termenunglah...

Selesai urusan di "wash room", ambik segelas jus oren segar, teh panas dan biskut. Cuaca yang terlalu sejuk. Jelas kelihatan salji yang meliputi lapangan terbang, kapal terbang dan bangunan. Putih salju sejuk mata memandang dan keadaan dah makin sejuk sampai tak tahan rasa. Besar sungguh kekuasaan Allah SWT. Memang benar, Allah SWT Maha Berkuasa...

Hati masih sedih, sayu, pilu dan macam-macam rasa bila memandang wajah anak-anak dan isteri yang menangis seolah-olah terlalu berat untuk melepaskan aku pergi kembali ke tempat bertugas yang beribu-ribu batu jauhnya. Kesedihan itu menyebabkan aku tidak mampu langsung untuk mengeluarkan kata-kata. hanya mampu aku lakukan ialah memeluk dan mencium setiap orang yang aku sayang apatah lagi kedua orang tua aku. Boleh dikatakan bahawa, ini lah kali pertama yang aku rasa aku cukup tewas dalam situasi sebegini. Biasanya aku cukup kuat meski pun bergoyang di hati tetapi semalam, aku tewas walaupun aku tidak mahu menunjukkan ketewasan itu di hadapan orang lain terutamanya anak-anak. Aku tidak mahu anak-anak merasakan ayah mereka tidak kuat. Aku mahu anak-anak sampai bila-bila pun sering merasakan bahawa ayah mereka seorang yang kuat, tabah, berkeyakinan tinggi, berpegang pada kata-kata, ada prinsip dan mementingkan masa depan agama, bangsa dan pendidikan demi kebaikan anak-anak dan keluarga. Disebabkan terlalu sedih dan lemah, aku tidak mampu berkata-kata meskipun sepatah kata.

Dalam kesedihan yang menyelibungi, terselit juga sedikit rasa kecewa. Mungkin rasa kecewa dengan keadaan yang berlaku yang ada kaitan dengan urusan majikan. Tetapi rasa kecewa itu aku cuba ubah kepada suasana positif dan aku terpaksa menerima keadaan ini sebagai cabaran demi keihklasan dalam bekerja dan kebaikan masa depan anak-anak. Aku perlu menerima kenyataan ini dan belajar supaya tidak menyalahkan mana-mana pihak. Aku perlu anggap ini adalah ketentuan Allah SWT.... meskipun terlalu berat tapi aku mesti bersedia menghadapinya walau apa jua keadaan... rasa kecewa itu timbul disebabkan kelemahan serta sifat semula jadi aku sebagai manusia. Rasa redha dengan ketentuan Allah SWT adalah sifat yang aku pelajari dan pupuk untuk menyatakan syukur dan yakin dengan Kekuasaan Allah SWT...

Jauh di sudut hati kecil aku, apakah ini dugaan atau ujian...