Pening betul kepala ni. Dah dekat 2 bulan ni tidur tak lena, hati tak tenteram, jiwa tak tenang dan macam-macam. Perkara utama yang difikirkan ialah masa depan anak-anak. Ayah dan ibu mana yang tak pening serta risau memikirkan masa depan anak-anak. Lebih-lebih lagi anak-anak aku belajar di sekolah di luar negara. Kalau di Amerika, UK atau negara-negara lain mungkin kurang sedikit perasaan gundah gulana ini.
Tapi... anak aku bersekolah di Peru di tempat aku bertugas sekarang. Disebabkan oleh sikap dan sifat orang-orang di sini sejak akhir-akhir ini aku dan isteri semakin menjadi risau. Mereka tidak menghormati perkara-perkara sensitive seperti kepercayaan, agama, budaya dan kehendak peribadi orang lain terutamanya kita dari negara asia ini. Tidak kesemua mereka tetapi disebabkan oleh segelintir masyarakat mereka aku mula gusar dan bimbang akan masa depan anak-anak. Apatah lagi bila melihat komuniti Islam di sini yang agak kurang menekankan pendidikan agama, hal makan minum, didikan Al-Quran dan sebagainya. Makin bertambah lah beban kebimbangan di jiwa. Kalau kedai orang muslim pun ada jual babi, ayam, kambing dan daging tidak halal macam mana tu. Apa yang aku boleh kata. Pening!!!!!!!!!!!!!
Aku ada masa 2-3 bulan lagi untuk membuat satu keputusan yang terlalu berat tetapi demi kebaikan dan masa depan anak-anak. Biarlah apa orang akan kata, itu kata-kata mereka. Apa yang lebih penting, aku ingin masa depan anak-anak terbina dan terbela. Bagi aku, masa depan anak-anak bukan sekadar membekalkan dan menabung wang ringgit semata-mata. Perlu difikirkan sedalam-dalamnya ialah pendidikan agama dan didikan Al-Quran serta Sunnah yang kekal abadi. Bukan lah bermakna aku menidakkan perlu wang ringgit dalam dunia yang semakin mencabar ini. Wang ringgit memang wajib tetapi memberikan pendidikan akhirat itu juga lebih daripada wajib.
Cuma aku masih berkira-kira... mampu kah aku dan isteri untuk menghadapi situasi itu nanti. Terlalu banyak perkara yang perlu dipertimbangkan. Keputusan mesti lah yang terbaik dan bakal diharungi bersama dengan kekentalan jiwa. Keputusan juga tidak dapat lari daripada pengorbanan wang ringgit yang sememangnya penting dalam menentukan nasib dan masa depan keluarga selepas ini. Kita juga tidak akan pernah tahu apa yang bakal berlaku. Pengorbanan masa, tenaga, kepercayaan, jarak, hubungan kawan-kawan dan masa perlu dipertimbang sehalus halusnya. Jika tidak di kaji dan dikira sebaik-baiknya, sudah pasti masalah besar boleh menimpa. Cuma aku sekeluarga amat berharap dan berdoa semoga diberikan perlindungan oleh Allah SWT dan mampu membuat satu keputusan yang terbaik demi masa depan anak-anak, keluarga dan semua pihak...
Berat, pening, gusar, risau, tak tenang dan sebagainya bermain-main di minda dan jiwa...
No comments:
Post a Comment