Sahabat2ku sekalian...
Perkara hormat-menghormati ini merupakan cerita biasa dalam hidup kita. Semua orang tahu bahawa, kita perlu menghormati orang lain. Tak kira siapa, perasaan hormat mesti ada dalam diri. Barulah hidup aman dan bahagia serta hati nurani kita sering tenang kerana tiada sengketa. Ada satu cerita yang aku nak kongsikan bersama-sama dan mungkin perkara ini banyak berlaku di mana serta hampir persamaannya...
Kebanyakan orang sering menuntut orang-orang di sekelilingya untuk hormat kepada dirinya. Kebanyakan orang lebih suka meminta orang lain untuk menghormati dirinya. Kebanyakan orang akan marah jika orang lain tidak menghormati dirinya.
Tetapi... tidak ramai orang yang menyedari bahawa, dirinya perlu menghormati orang lain jika inginkan penghormatan dari orang lain. Tidak ramai yang sedar bahawa, orang lain akan menghormati diri kita jika memang dikenali sebagai orang yang cukup menghormati orang lain. Tidak ramai juga yang sedar bahawa, jika kebijaksanaan digunakan sepenuhnya untuk meletakkan diri kita di tempat yang betul, maka orang di sekitar kita secara dasarnya akan memberikan penghormatan tertinggi kepada kita...
Masalah yang sering terjadi ialah...kebanyakan orang lebih gemar mencari kesalahan dan kesilapan orang lain dan adakalanya melampaui batas-batas penghormatan pada orang lain. Ramai manusia mahu orang lain menghormati dirinya tapi lebih ramai manusia yang sanggup menghormati orang lain. Orang lain sering dianggap bodoh, hina, rendah darjatnya, tidak setaraf jawatannya dan seumpamanya sampaikan mereka-mereka tidak sedar bahawa, kebodohan dan kehinaan itu lebih terserlah dari diri mereka sendiri... Ini lah yang sering berlaku. Jadi... bagaimanakah perasaan hormat-menghormati ini akan terbina kukuh jika diri manusia lebih bertuhankan perasaang bongkak, sombong, bangga diri, pentingkan diri sendiri, kedekut dan sebagainya...
Makanya... insafilah semula dan kaji balik diri kita... dimanakah beradanya diri kita...
Wassalam...
No comments:
Post a Comment